feeling down…
January 29th, 2008 by armilla78Hujan mula turun rintik2…aku pula dah siap dgn baju utk berjogging.nak teruskan ke tidak ni…guruh pun ada berbunyi…tapi skrg ni rasa tgah bersemangat nak bersenam.kawan baik aku pun asyik mendesak nak pergi berjogging bersama…
Aku pergi juga…walaupun hujan turun renyai-renyai..moga2 kejap lagi ianya akan berhenti.kasi can lah pd aku yg selalu malas nak bersenam ni.dah rasa rajin sikit…nak hujan pula.
Kawan aku si *Nina(bukan nama sebenar)tinggal di kawasan MPSJ tu aje.kawasan org kaya…hehehehe..jeles aku tengok rumah dia…mak ooiii….ada ke rezeki aku nak dapat mcm dia…?aku jemput Nina..pergi juga ke padang MPSJ tu walaupun hujan makin lebat.
Akibatnya,kami berdua tersadai aje di bawah stadium.layan mata ajelah…ramai juga atlit2 yg berlatih kat situ.cuma mungkin tak ramai sbb hujan.kami berborak aje berdua sambil melihat org lain yg tak takut hujan berlari.
Tiba2 mata aku ternampak seseorg yg mmg aku kenali…seseorg yg pernah aku ada perasaan terhadapnya.walaupun kami hanya declare hanya kawan…tapi rasanya masing2 tahu perasaan masing2…tak tahulah kalau aku sorang aje yg pernah sayangkan dia…tapi sepanjang kami kenal dulu…dia banyak melayan aku lebih dr seorg kawan.
Baru smlm dia call aku…kami berbual lama seperti biasa.hari ini aku ternampak dia…happy juga ku…tapi dia nampak mcm terkejut…lepas itu aku tahu kenapa….di belakangnya ada seseorg…seorg gadis…
Nina,walaupun tidak mengenali *Arif,tapi dia dpt menghidu sesuatu apabila melihat aku saling berpandangan dgn gadis itu.dia cepat membaca riaksiku…."itu lelaki yg pernah kau cerita tu ye?"….dia bertanya…aku tak jawab….cuma aku pejamkan mata…."jom baliklah…."ajak nina…
Aku ckp pd nina…kadang2…kita tak boleh lari dari keadaan…harungilah keadaan itu….ye….aku rasa sedih…aku rasa cemburu..apatah lagi gadis itu mmg cantik….aku rasa seribu satu perasaan yg mmg tidak selesa….tapi aku ckp…aku dtg sini sbb nak berjogging…jadi aku mesti jogging juga…aku terus bangun…dln hujan itu aku terus berlari…
Banyak yg aku fikirkan semasa aku berlari….fikiran aku tak tenang..aku kuatkan muzik ipod aku.aku marah dgn diriku sendiri…kenapa aku mesti bersedih dgn keadaan ini?bukankah sejak awal lagi aku sudah tahu tentang dirinya yg mmg kaki perempuan…kenapa aku boleh jatuh hati juga?padan muka aku….
Aku mmg seorg yg selalu malang dalam perhubungan…aku selalu salah memilih perhubungan…dan Tuhan sudah banyak kali menolong aku membuka mata…cuma aku masih juga tidak belajar dr kesilapan.
Aku pernah menyintai lelaki yg tidak menghargai kasih sayang aku.aku pernah juga menyayangi lelaki yg tidak mungkin utk bersama aku.aku pernah menyintai lelaki yg melayan aku dgn kasar dan sering mengguris perasaanku.aku cuba utk tidak membenci lelaki.sbb tidak adil menghukum semuanya sama.sedikit sebanyak aku sendiri yg salah.aku sendiri yg bodoh.jadi aku haruslah hadapi akibatnya.
Arrrrggg….aku dah bosan….tapi aku kena terima kenyataan….Tuhan sudah menolong aku banyak kali…sudah banyak kali Dia selamatkan aku dr lebih lama bersama mereka2 ini…sudah banyak kali dia tunjukkan di depan aku…tapi dulu aku kata Tuhan tak adil.aku salahkan Tuhan…tapi skrg aku bersyukur kerana Tuhan cuba selamatkan aku.mungkin Tuhan ada rancangannya tersendiri utk aku.
Hari ini aku rasa murung….aku mmg terasa dgn situasi petang tadi.tapi aku bersyukur ….tak apalah…aku tak mahu simpan rasa duka.aku akan terima dia seperti kawan aku yg lain juga.moga2…ada juga insan yg benar2 menghargaiku di masa depan…
*aku mungkin menyesal menulis blog kali ini…tapi aku tgh tak betul ni…..layan je….