CERITA HANTU
Wednesday, March 18th, 2009Hi…aku kt melbourne skrg.rutin kerja la…ni kir adpt lama sikit by hours ,normally singkat sgt dpt stay sini.jadi,mlm ni xpayah la aku nak paksa diri tidur awal utk bertugas semula pagi esok.kami akan berangkat pulang esok mlm.
Tadi pagi,dlm kemerengan sbb mengantuk baru tiba dr KL,crew2 aku bersemangat pula dok bercerita pasal hantu.siapa yg dulu bukak cerita xtau la…dah la aku ni kira dlm kategory penakut jugak..ada pulak yg nak buat aku seram.tak dinafikan,setelah sekian lama menyepi kejap kisah2 JU-ON ni,tiba2 kami semua dimomokkan semula dgn cerita2 yg kureng best ni.
Kalau yg tak tau,kami semua anak2 kapal yg senantiasa bermalam di hotel2 di seluruh dunia,takkan terkecuali mengalami atau sekurang2nya mendegar kisah di usik hantu.maka apabila kami ditugaskan ke sana,ada yg samapi terpaksa berkongsi bilik sbb takut nak tidur sorang2.cuma aku ni,dlm penakut2 tu pun,aku sgt2 jarang benarkan org lain berkongsi bilik dgnku.xselesalah!kecualilah dgn org2 yg betul2 aku kenali n rapat.
Berbalik kpd cerita hantu ni tadi,sekarang ni kisah hantu di hotel Taipei mula panas kembali.mmg sejak dulu lagi hotel disitu sgt terkenal dgn cerita hantunya.dgr kata tapak hotel tu dulu adalah hospital.so far,pengalaman paling menakutkan aku di hotel tu cumalah bunyi ketukan di dinding(mungkin tikus,atau ada crew yg nak mengusik)dan terasa meremang buku roma.alhamdulillah…xde yg lebih menakutkan dr itu.
Skrg ni hotel baru yg tgh panas dgn cerita hantu ialah hotel di Narita.hotel tu hotel yg baru kami pindah lebih kurang 2 tahun lalu.kisah satu keluarga hantu terdiri drpd seorg ibu,ayah dan anak lelakinya yg berusia dlm lingkungan 8 tahun,selalu “melawat” penghuni bilik2 tertentu.sudah tersebar bebrapa number bilik yg ‘berantu” dikalangan kami.pihak hotel sendiri dah xmahu lagi berikan bilik2 yg tersenarai itu kpd kami kerana nescaya kami akan minta tukar ke bilik yg lain.
Ceritanya,satu family ini tinggal menyewa agak lama di hotel itu.si bapa menghadapi masaalah kewangan yg teruk,lantas membunuh anak isteri dan diri sendiri.samapai skrg mereka terus tinggal di situ tanpa perlu bayar bil hotel lagi…waahhh..
Malangnya si anak tu punyalah nakal.dia suka bermain2 dibilik2 tertentu…melompat di atas katil,berlari2.nak ajak ‘kawan” baru bermain bersama agaknya.malangnya tiada siapa pun yg berani utk join sama kerana setiap kali terlihatkan kelibat dia yg dah tentu xcomel mana,semuanya pasti akan histeria atau pengsan di buatnya.yg bestnya,ibu bapa si budak tadi siap dgn rasa bertanggungjawab akan dtg meminta maaf di atas kenakalan anaknya bermain di bilik anda.kalau nasib baik,boleh la sempat berlari dlm keadaan histeria.kalau terus pengsan tak bangun2 terus,macammana?
Itu sebahagian dr cerita yg di bualkan kini.kalau tanya pengalaman aku sendiri di hotel2 ni,alhamdulillah…xde lah lagi di tahap extreme sampai pengsan..paling kuat yg aku kena lebih kurang 5 tahun lalu di hotel balailaka,Johanesberg.
Aku dpt bilik di tingkat paling bawah sekali,yg kalau buka sliding door dia,cuma nampak tembok yg tinggi.aku masih ingt lagi,waktu tu masih awal pagi,aku baru nak buka mata.aku masih nak teruskan tidur,cuma ingin mengalih kedudukan di katil.ketika mahu berpusing dr kiri ke kanan,ketika baru dlm kedudukan terlentang,mataku yg cuma terbuka sedikit menangkap satu kelibat sedang lalu di hujung kakiku.terkejut dan tergaman,maka aku terus terhenti dlm keadaan terlentang.aku terus pejamkan mata dlm ketakutan.aku terus kaku dlm keadaan itu.
Mulanya aku terfikir mungkin ada org sudah ceroboh bilik aku mengenangkan bilik aku berada di tingkat paling bawah.aku begitu cemas,takut aku di apa2kan.malangnya aku ini,kalau aku sgt takut,aku akan membatu,bukannya berlari atau menjerit.dlm keadaan berpura2 tidur itu,aku dpt rasakan “dia” naik ke katil di sebelah kananku.
Punyalah takut tuhan saja yg tahu.dada berombak kencang,peluh2 sejuk dah macam air paip keluar.segala doa hilang entah ke mana,dah tak inagt lagi nak di baca.dlm hati aku asyik mengira 1..2..3……1..2..3…kononya nak pecut lari lepas kira tu…tapi 1..2…3..tu asyik aku ulang kira tanpa dpt juga aku bangun dan terus berlari…terlalu takut!
Kemudian aku dpt pula rasa nafasnya di telinga….adooii…habislah aku…matilah kali ni…dah nak kejung dah rasanya.semuanya rasa blank…xdpt nak fikir dah…berserah saja…geram juga sbb jadi kaku mcm tu…aku dah rasa mcm xde roh lagi dah dlm badan ni.dan ‘dia’pula seolah2 tahu yg aku tahu kewujudannya dia situ.tak semena2 aku dapat rasa tangannya memaut bahuku,memeluk aku.sejuk sgt aku rasakan tangannya itu…peliknya,tangan itu dirasakan seolah terawang awang…antara ada dan tidak.kali ini aku begitu yakin…’dia’bukan manusia.
Anehnya,tiba2 rasa takut tadi terus beransur hilang.rasa gemuruh tadi terus tiada,yg wujud pula adalah rasa satu ketenangan.aku tak tahu siapa “dia” atau bagaimana rupanya,namun “dia” seolah2 mententeramkan aku yg ketakutan seolah -olah berkata “jgn takut…aku takkan mengapa-apakan kau…” dlm tak sedar…aku terus terlena bagaikan dibelai dgn kasih sayang.
Bila aku tersedar,aku dpt mengingati setiap detik tadi.dan aku yakin aku bukannya bermimpi.aku terjaga masih dlm keadaan berbaring.ramai juga yg pertikaikan..mungkin aku cuma bermimpi..org kata umpama mimpi dlm mimpi…mimpi yg rasa sgt benar.
Entah la…tak tahulah pula…kalu cuma mimpi,mimpilah ia…tapi kalau ianya mmg benar,aku tak kisah kalau “dia”dtg lagi…senang sikit nak tidur sbb ada yg tolong belaikan..heheheh.cuma aku harap,jgn la rupa dia buat aku pitam sebulan.kalau handsome,ok lah jugak…hahahahah
Hiss..boleh di buat main pula kan…sebetulnya,kalau cantik atau handsome mana pun…jgn la….aku xnak lah alami lagi.kalau dah tau bukan manusia tu,aku xnak jumpa lagi.lain kali xtau pula apa akan jadi kat aku.nasib baik la xjadi apa2.aku ni lemah semangat pun boleh tahan.buatnya aku jadi mereng macam Deris gila kat kg aku tu….kata org dia pun dulu jadi gila sbb jadi kawan makluk2 inilah…last2 terus masuk dunia mereka…masuk separuh2…tu yg dok nampak dia ckp sorang2 tu…tubuh badan dia di alam nyata,mata dan hatinay di alam lain…mcmmana tu…haruu…
Banyak lagi kisah2 hantu ni…nak percaya atau tidak,itu terpulang la…tapi aku sendiri mmg percaya.aku percaya sbb aku mengalaminya.seing is believing.
ok..setakat ini saja cerita aku.ada cerita lagi nanti aku kongsi.dah lewat mlm di dlm crew room ni.xde org pulak tu…weiii…seram gak …