I GIVE UP!
Hi again….kpd yg tertanya-tanya apa yg berlaku pd cinta maggie mee aku tempohari…well….like always….fail!
Aku mmg tahu perhubungan itu terjadi terlalu pantas…bukan dr pihak aku,tapi dia yg tak sabar2 nak declare aku sebagai kekasih,walaupun baru pertama kali bertemu.tapi tak boleh la nak salahkan dia 100%..yg aku pun terima juga tu apa ke halnya!?akibatnya…pantas jugalah ianya berlalu…
Keputusan untuk berundur diri adalah keputusan aku.aku xdpt nak ‘kejar’ semangat “over exited” nya yg terlampau.dia bukan tak baik…malah nak tunjuk terlalu baik…malangnya dlm dia tak sedar,dia seolah-olah ”memaksa” aku utk menyintainya.sudah aku ingatkan berkali-kali kpdnya,releks la…kenal2 dulu…jgn terburu2…baru keluar dating sekali,dia dah anggap aku sudah jadi miliknya.tak dapat dielakkan lagi…aku jadi lemas dan rimas!
Aku tahu dia sgt2 sukakan aku…aku hargai keikhlasan dia,malah aku cuba terima dia.namun sikapnya yg tak boleh nak bersabar mahu aku jatuh cinta sepertinya telah membantutkan perasaan yg cuba aku nyalakan.dlm hal perasaan ini,mana boleh ada paksaan.katanya,kalau mahu perhubungan itu berjaya,mestilah di tunjukkan perasaan itu…ialah….kalau ada perasaan cinta,tak payah di suruh..mmg secara semulajadi akan di tunjukkan…tapi kalau perasaan belum ada…nak tunjuk macammana?
Maka,terjadilah sekali lagi kisah yg sama…aku terpaksa mengundur diri…dah tak tahan sbb rasa bagai dipaksa…rasa dah xdpt nak berlakon kononya aku juga menyintainya.aku kasihankan dia yg beriya-iya sgt dlm perhubungan ini…sedangkan aku tidak sampai ke tahap itu lagi.sedih juga lihat dia mengalirkan air mata bila aku berterus terang tentang hal ini…tapi nak buat macammana…dia sendiri pun bertegas dgn caranya.
Sebenarnya,bukan aku tak mahu perhubungan ini berjaya.alangkah baiknya kalau dpt menyintai org yg amat sukakan kita.percayalah…aku dah cuba,malah sudah 2 kali aku minta dia “slow down” dgn semanagt ‘over exited’ dia tu.tetapi malangnya dia tetap rasa caranya itu betul.dia percaya kalau dah suka,tunjukkan saja…mesti all out 100%.tapi dia lupa..tak semestinya aku juga berperasaan sepertinya pd waktu itu.mana mungkin baru kenal xsampai 2 minggu aku boleh 100% menyukainya? tahap perasaan aku dgn dia xsama.aku minta dia bersabar..biar aku pupuk perasaan aku perlahan2…tapi dia tak sabar…mahu aku jadi sepertinya sekarang juga.habis bagaimana?aku rasa tertekan!
Maka hari ini aku kembali single…ahh…aku dah biasa…mujurlah hubungan itu tak lama.jadi kesannya tak lah ketara.cuma aku kesian juga kpdnya yg beriya-iya itu.tapi maaflah….dia sendiri yg xboleh bersabar…aku rasa keputusan aku ini betul.aku tak nayakan sesiapa.
Dan kali ini juga aku ambil keputusan yg aku dah malas nak bercinta lagi…aku dah give up! at least,buat masa skrg ni,aku xmahu ada apa2 perhubungan dgn sesiapa.aku nak releks…ada banyak lagi perkara yg perlu aku fikirkan.tahun ini adalah tahun utk aku hidup single.aku xmahu pening2 kepala lagi.letih!
Tapi jgn lah anggap aku putus harapan terus.aku sekadar malas nak fikir.apa yg aku nak fikirkan skrg ni ialah bagaimana cara nak teruskan keidupan ini andai kata aku tak akan bertemu seorg lelaki sebagai suami buat selamanya? aku kena lah sediakan diri utk kemungkinan itu.
Kepada yg sedang berbahagia dgn kekasih masing2…congratulation…kepada yg agak kurang bernasib baik macam aku ni…jgn di fikirkan sgt nasib diri.adalah sbbnya tu…dan kepada yg lain2..jgn pula memandang serong kepada org2 seperti kami…siapa yg nak hidup seorg diri ye tak?