RUMAH ITU….

    Rumah itu….rumah tempat aku di besarkan lebih 20 tahun,,,telah pun aku tingalkan hampir 8tahun nan lalu.rumah yg letaknya di pinggir sawah,juga berjiran dgn padang sekolah.dibelakang rumah itu pula ada sepohon pokok samak yg amat besar…yg meneduhkan rumah di siang hari,tapi kelihatan menakutkan di mlm hari.

   Kawasan sekelilingnya amat sejuk sekali.mungkin sbb kedudukannya di pinggir sawah yg sentiasa berangin dan dikelilingi pohon2 yg merendang.aku masih ingat lagi tumbuh2an disekeliling rumah…pokok kelapa,pokok pinang.buah kabung,pokok machang.pokok pisang…dan segala pokok2 kampung yg yg mungkin warga kota tidak mengenalinya.

     Tapi rumah yg sentiasa dingin itu juga merupakan satu tempat yg sering memberikan cabaran dan degupan kencang kpd penghuninya.aku akui betapa sukarnya utk aku berpisah dgn rumah itu bila tiba saat kami sekeluarga harus berpindah…perasaan meronta2…seolah2 tidak mampu utk melangkah pergi.aku terlalu sayangkan rumah yg menjadi sejarah keluarga kami..menyaksikan aku dan adik2 membesar di situ.tapi…dlm masa yg sama juga…rumah itu jugalah yg sering membuatkan kami sekeluarga sentiasa ketakutan di waktu mlm….

   Aku rasa rumah itu mempunyai semangatnya yg tersendiri…ianya seolah2 “hidup”.selain kami…sentiasa ada “tetamu” lain yg sentiasa bertandang ke situ.dari kecil hingga saat terakhir di sana…kami sekeluarga sering mengalami kejadian2 yg sukar di jelaskan…kalau nak dikata aku sudah lali mengenainya…oh tidak!..setiap mlm yg hadir…aku cuma berharap agar tidurku tidak diganggu.

   Rumah kg yg separuh kayu dan separuh batu ini..bukannya terletak berjauhan dr rumah jiran yg lain.,malah jiran2 juga mempunyai pengalaman yg sama….mereka kata ianya mengenai kawasan …bukan salah rumah itu.tapi bagi aku…rumah aku itu sendiri…ada perkara lain tentangnya.

   Bila naik keatas rumah sorang2…akan sentiasa ada rasa debaran seolah2 ada yg sedang memerhati…tidak kiralah pd waktu itu siang atau mlm.dan banyak kali juga aku seolah2 terlihatkan kelibat manusia di dlm rumah…anehnya pd waktu aku kecil dulu,kelibat itu berupa seorg budak..yg mungkin hampir sebaya dgn aku…tapi bila semakin membesar…kelibat yg aku lihat juga semakin dewasa orgnya.cuma aku hanya dpt melihat dgn sepintas lalu…membuatkan aku masih tidak dpt melihat dgn jelas wajahnya…atau mengesahkan samaada dia lelaki atau perempuan.

   Banyak kejadian aneh yg kami sekeluarga alami di rumah itu.tapi cerita2 itu akan aku ceritan di lain waktu.apa yg nak aku ceritan di sini…adalah mengenai rumah itu pd waktu skrg.

   Baru2 ini ketika aku berada di Delhi,aku telah mendapat satu mimpi.dlm mimpi itu aku kembali ke rumah itu….dlm cerita mimpi aku itu,aku adalah aku skrg…dgn kerjaya aku skrg.aku kembali kesana di waktu yg senja…rumah juga sudah terpasang lampunya.mak ayah bukakan pintu dr dlm…mereka kelihatan lebih muda…seolah2 mereka yg aku kenali ketika aku di alam persekolahan dulu.kedua adik aku juga di situ…seperti juga rupa mereka dialam persekolahan…semuanya umpama gambaran ketika mereka masih tinggal dirumah itu kira2 18 tahun nan lalu…ketika aku masih di sekolah rendah…ketika masih nakal….ketika amat gembira bermain di keliling rumah…tanpa bebanan…tanpa masaalah…..

   Tapi ini bukanlah kali pertama aku bermimpi tentang rumah itu…sudah banyak kali.yg peliknya setiap mimpi mengenai keluarga,mesti lokasinya di rumah itu….aku tak pernah mimpi langsung tentang rumah yg di duduki skrg.dan setiap kali terjaga dr mimpi itu…aku pasti teringat kan rumah itu…seolah2 ada yg sedang “memanggil” aku kpdnya.aku seolah2 kembali semula ke rumah itu setiap kali termimpikannya.

   Baru2 ini sengaja aku singgah ke rumah jiran di rumah itu…kesempatan itu aku gunakan utk meninjau sekelilingnya.rumah itu telah pun disewakan oleh tuannya kpd org lain.maka aku hanya boleh melihatnya dr luar sahaja.sedih benar keadaannya kini.rumah itu nampak xbermaya…bagaikan dlm kemurungan…tak ada lagi suara burung2 chiak di sekelilingnya seperti dulu…laman yg putih gebu dan ditumbuhi bunga2 liar juga sudah bertukar menjadi semak samun dan lalang2 yg meninggi.pohon teja tepi rumah yg ada buaian di bawahnya…juga sudah mengecut hampir mati.dan pokok samak yg besar…yg dulu meneduhkan rumah..kini sudah tiada lagi.suasana begitu muram dan berbeza sekali.rumah itu seolah2 sedang sakit…..

    Sedih aku melihatkan beranda rumah yg dulunya menjadi tempat aku bermain…dipenuhi bunga2 tanaman mak…kini hampir roboh kerana tidak terjaga.ternyatalah penghuninya skrg tidak menghargainya,sebab itulah rumah itu terabai sedemikian rupa.suasana juga tidak lagi sedingin dulu…sawah padi sudah ditimbus…bakal digantikan dgn projek2 lain yg lebih menguntungkan,..pokok2 yg yg dulunya meneduhkan kawasan juga semuanya sudah tiada lagi.aku seolah2 dpt merasakan kemurungan rumah yg penuh kenangan itu.adakah mimpi2 yg semakin kerap itu adalah panggilan dr rumah itu…yg merindukan kami sekeluarga yg pernah menghuninya dahulu?

  Mungkin ada yg menganggap aku ini jenis terlalu percayakan hal2 mistik….aku mmg sentiasa ingin cuba menafikan..tapi kenyataannya…aku tak boleh memadamkan pengalaman2 dan apa yg pernah aku alami mengenainya.kpd yg tidak pernah mengalami…semua ini hanyalah khayalan dan dongengan semata2….tapi kpd aku..keluarga ..dan mereka2 yg pernah mengalaminya…hanya kami sahaja yg tahu.ianya bukan kisah magis seperti dlm filem…berkawan dgn makluk alam lain…dibantu ketika susah…semua itu xada….walaupun kadang kala muncul mereka bukan dlm wajah mengerikan,tapi hati tetap takut setiap kali mengalaminya…mungkin sbb dlm fikiran kita telah di momokkan bahawa setiap makluk halus itu mmg menakutkan….

   Tapi setakat ini..bila difikirkan kembali…tiada pula kejadian yg memudaratkan kami sekeluarga…cuma mungkin secara tidak disengajakan,kami terlihat,terdengar atau terasa akan kewujutan mereka…mungkin mereka juga adalah penghuni di rumah itu…dlm kata lain..kami berkongsi tempat tinggal yg sama…dan oleh sebab kami membesar bersama di rumah itu…menyebabkan “mereka” merindui kami yg telah lama meninggalkan mereka….

   Secara jujurnya…ketika aku menulis cerita ini skrg…jantung aku berdegup kencang….tangan aku juga mengeletar….entah apa sebabnya..?aku jadi gementar…badan aku menjadi seram sejuk…pasal puasakah? takkanlah kot…

   Aku juga ada mengalami kejadian baru, baru2 ini…bukannya di rumah itu…tapi di rumah baru….akan aku ceritakan di lain waktu.cuma terfikir pula….ada kaita kah mimpi2 itu dgn kejadian2 yg berlaku skrg?…..

Leave a Reply