PUASA DI PERANTAUAN…

   Salam semua….skrg ni aku ada kt dubai…seminggu jugak la kena tinggal kt sini…biasala..dah kerja aku mcm ni…kena pulak bulan puasa kt tempat panas.kat sini tgh hari boleh cecah 50′C ooo…

     Tapi sebenranya xlah teruk sgt …sbbnya kami yg berpuasa ni siang harinya cuma lepak hotel aje…worse…dok perap dlm bilik.aku ni dah naik pening kepala dah dok tgok bilik hotel aje..tu yg turun main internet ni…kat sini best..crew room ada di sediakan 4 pc percuma.walaupun ada airlines lain yg tinggal disini juga,tapi sbb byk pc,jadi xdelah nak berebut.skrg ni pun xde org nak guna…bebas la nak pakai lama2.

   Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku berpuasa sebagai anak kapal.setakat ni mmg alhamdulillah..aku xpernah lagi ponteng puasa sejak terbang 12 tahun nan lalu.tapi tahun ni pihak Mas dah pun keluarkan e-mail,bagitau semua anak kapal yg kami tidak di galakkan berpuasa semasa bertugas ketika membuat penerbangan yg lama.tak dpt dinafikan bila berpuasa pd penerbangan yg lama mmg agak memudaratkan….apatah lagi bila merentas masa yg asyik siang sepanjang hari.

    Most of the time kami bernasib baik sbb waktu berpuasa sering menjadi bertambah pendek akibat merentad masa yg mengejar mlm.tapi ada kalanya juga kami akan hadapi rentasan masa yg sentiasa siang..waktu berpuasa boleh menjadi melebihi 18jam….

   Aku pernah alami pengalaman ini suatu ketika dulu.aku ingat lagi penerbangan itu dari Taipei,Taiwan ke Los Angeles.kami bertolak dr Taipei pd waktu tgh hari…12 jam kemudian apabila sampai ke L.A…masih juga siang hari.bermakna puasa aku sudah melebihi 20jam!…yg beragama islam…semuanya berpuasa pd awalnya..tapi kemudian sorang demi sorang ‘tumbang’.yg berjaya habiskan puasa pd hari itu cuma aku n sorang lagi rakan sekerja.tapi mmg xdigalakkan lagi utk buat begitu…lembek gila….perut pun rasa nak cramp…

     Aku juga pernah alami mula berpuasa awal sehari dr malaysia .waktu itu aku di tanah arab kalau tak silap.di situ telahpun mulai berpuasa tapi di malaysia masih belum nampak anak bulan lagi.aku juga pernah mendapat raya yg paling panjang…sbbya negara yg aku bertugas sudahpun meyambut raya…bila balik,kt malaysia baru nak meyambut raya.jadi aku dpt 2hari raya pertama…heheehhe..best tu!

   Kalau tanya aku kat negara mana yg aku ingin berpuasa,aku pilih S.africa.sbbnya bila tiba bulan puasa atau raya….di sana mmg meriah dgn jemputan dr pelbagai wakil Malaysia..contohnya ground manager Malaysia Airlines..atau org2 malaysia yg tinggal di sana.mereka siap hantar bas utk ambil kami anak2 kapal utk berbuka atau beraya dgn mereka…kalau dpt time berpuasa atau beraya kt sana…siap sedialah baju raya..mmg banyak acara…

  Selain afrika,tentulah best dpt berpuasa kat negara sejuk.selain cuaca sejuk,masa juga jadi amat pendek….hehhehehe…aku juga suka buat puasa ganti bila berada di negara yg pendek waktu siangnya…mengelat namanya tu…..

    Negara yg paling boring bila kena time raya…sinilah…Dubai! aku pernah tiba di sini pd hari raya pertama…ingatkan bila beraya di negara islam ni,tentulah meriah….tapi sedihnya bila tiba di sini..xmeriah langsung…malah mcm tak raya pun kat sini.suasananya sama saja mcm hari biasa .cuma bezanya,dah boleh makan di waktu siang aje…kedai2 beroperasi mcm biasa,tiada lampu2 indah…tiada hiasan2 di jln raya…cuma ada la satu dua kedai letak banner ‘ED MUBARAK’. hotel tempat aku tinggal pun xde buat apa2 sambuatan utk kami yg tiba di hari raya..mmg xada apa2 acara atau layanan istimewa.sedih juga…dah lah aku n sorang lagi crew aje melayu.tapi nasiblah set crew aku yg lain baik2 belaka.mereka yg berbangsa lain ni pakat2 belanja kami berdua makan nasi biryani dan siap belikan hadiah utk kami lagi…terharu betul….ada juga yg memgingati….

   Cakap pasal sambutan ni…rasanya kalau ke tempat bukan islam lagi best.contohnya kalau ada chrismas,easter atau tahun baru…terutama di negara europe,kami akan di raikan…atau paling tidak akan di beri hadiah..mmg seronok….banyak acara yg diraikan.sedihnya kt tempat islam sendiri..kami di buat tidak peduli.

    Haaa….ni nak citer pulak pasal penumpang di bulan puasa…baru2 ni aku buat flt ke Jakarta aje.perjalanan cuma 2 jam…dlm flt tu majority penumpang adalah org islam…berdasarkan tudung n wajah mereka.(muka indon n melayu) tapi yg kelakarnya..hanya beberapa kerat aje yg berpuasa.semua ckp musafir…alahaiii….beza waktu pun cuma sejam…penerbangan pun cuma 2 jam aje…kami yg bertugas ni pun berpuasa…..tapi rasnya rata2 penumpang adalah mereka yg berpendapatan rendah,…mungkin jarang mereka dpt naik kapal terbang…agaknya mereka teringin tgok makanan yg di hidangkan…dan mungkin mereka tak tahu bahawa pihak mas telah pun sediakan makanan dlm kotak agak mereka dpt membawa turun makanan itu.

   Ada juga kisah ni tentang penumpang business class..lelaki pertengahan usia.dia minta berbuka puasa awal sbb time malaysia sudah masuk waktu…walaupun kami dah bagitau yg waktu berbuka cuma tinggal kira2 sejam lagi tapi dia nak juga berbuka skrg…siap mcm nak marah lagi bila kami bagitau skrg bukan waktu berbuka.kami ikut saja apa yg penumpang mahu…tapi pelik juga…ada ke mcm tu…ikut time malaysia…sejam extra lagi pun dah xboleh tahan ke?

     Ada juga penumpang yg marah2 bila kami tanya dia puasa ke tidak bila time nak hidang makanan.mmg menjadi polisi kami utk bertanya semua org..walaupun mereka berwajah melayu…sbb tak semua yg muka melayu atau beragama islam yg berpuasa.tapi ada pula yg marah…kata tak reti tgok ke muka dia org tu muka puasa atau tidak…haii encik….kami cuma bertanya aje…tak tanya kang marah juga…ingat kami tak nak bagi makan….sepatutnya di bulan puasa ni kenalah lebih bersabar…ini tidak…makin menyinga pula mereka.

   Sedihnya…ramai yg ingat kami semua kaki sosial…xpuasa…malah ada juga yg terkejut bila dpt tahu yg kebanyakkan kami tak tinggal puasa.malah kami kadang kala cuma sempat berbuka dgn secawan air sahaja…selepas penumpang di beri makan,baru kami dpt menjamah makanan.tu pun ada juga yg mcm tak faham..asyik call mintak macam2 waktu kami baru nak menjamah makanan.seolah2 makanan yg dihidang belum mencukupi.

    Bercakap tentang penumpang punya kerenah di bulan puasa mmg banyak.kalau tak puasa tu xapalah lagi….tapi ada juga yg langsung tak hormat bulan puasa….sedihnya seorg penumpang di kelas pertama…nama ada bin…dah lah xpuasa,minum minuman keras lagi tu….tapi siapalah aku nak hukum org….itu antara dia dgn Tuhan lah kan…cuma aku terkejut jugalah dpt penumpang mcm ini di bulan ramadhan.

     itulah antara cerita yg boleh aku kongsi bersama tentang bulan puasa.tentang waktu ini di dubai…aku dpt set crew yg sempoi juga.nasib baik hotel ni jenis hotel apartment.mmg kebanyakkan bilik di sediakan dapur.apa lagi,bila time berbuka,kami pakat sama2 kongsi makanan yg ada.nasib baik aku bwk nasi goreng dr rumah.ada jugaklah benda nak kongsi.inflight supervisor(ifs) aku lagi best…dlm beg dia mcm satu giant…mcm2 dia bawa…bilik dia yg jadi mangsa utk kami buat kenduri.lepas berbuka..pakat keluar ke town….beli apa yg patut.aku pun dah rancang nak masak bubur lambuk utk berbuka mlm ni.lepas berbuka kena tidur skjp sb pukul 2 pagi nanti nak kena buat shuttle flt ke beirut pula.housemate aku pun ptg ni akan sampai dr kl…kebetulan dia juga ada buat flt ke sini..cuuma berbeza hari aje.harap2 dia ada bawa bekalan juga sbb aku dah xde stock.tapi kt sini xsusah makan…kt tepi hotel ada restoran nasi biryani n ayam golek….cuma…aku rasa kurang berselerea sikitla,….badan pun naik ni…..raya kang baju xmuat pulak nanti…huhuhuu..

  ok lah…aku pun dah pening mengadap komputer ni lama2….balik bilik je lah…layan tv ke…sbbnya channel kt sini byk ooo…kira ok jugalah…kpd semua….selamat berpuasa…jgn ponteng puasa dgn sengaja…tataaaa….

Leave a Reply