Tipah Tertipu…

    HA! HA! HA!…..Aku mulakan catatan aku kali ni dgn ketawa….ada yg lucu ke? xde….aku baru je single balik smlm….HA!HA!HA!…apa yg best nye putus hubungan lagi?bukan ke sepatutnya aku bersedih…menangis n frust menonggeng?…xbetul ke aku ni?

   Baru sgt aku up date blog aku pasal kebahagiaan aku menjalinkan hubungan dgn seorg lelaki bernama AZ…pendek betul kebahagiaan itu…dan hari ini…aku kembali bersendirian.aku kembali dgn dunia solo aku yg sepi….alaa,….mcm filem SEPI tu….

   Pelik tapi benar…tiada setitis airmata yg mengalir di pipi…aku ingat smlm aku xmenangis sbb aku masih dlm keadaan terkejut…yelah..dlm dok di alam bahagia..tiba2 dlm sesaat kebahagiaan itu direntap! sekelip mata aje…tanpa di duga…semlm juga aku xdpt melelapkan mata…terkebil2 di atas katil memandang syilling…tapi aku tetap xmenangis…heran juga aku…kalau aku menagis puas2 smlm,at least aku jadi letih dan senang sikit nak tidur.hampir subuh jugalah aku terkebil2 dgn kepala yg kosong..tanpa reaksi.dan pagi ini…belum pun pukul 8 pagi aku sudah terjaga semula..mungkin xsampai 3 jam aku tidur.dan bila bangun tu ingatkan aku akan mulai rasa kelukaan itu..yakni aku akan menagis hari ini..tapi tidak juga.hmm…kenapa ye?

   Let me tell u the story ….ok…aku dah citer mcmmana aku kenal AZ…so from there everythings goes well.and i’m so happy wt him…mmg terawang-awangla…dah lama xrasa bahagia camtu.tapi kan dlm pd tu,ada sesuatu tentang dia yg buat aku curiga…kawan2 pun dr mula dah curiga…sign pertama…rata2 kawan yg tahu tentang perhubungan ini akan tanya.."are u sure he’s not married?"..dan aku ckp..aku xtahu tentang itu…tapi AZ ckp dia belum kawin..i’ll takes my chance to know him…tapi kalau dia tipu aku,itu bukan salah aku.

  Banyak sign2 lain yg mencurigakan..contohnya kenapa dia sering kena balik cepat…dan hp dia akan di offkan setiap kali dia berada di rumah…mula2 dia ckp dia off hp sbb nak fully charge hp tu…pastu lain kali pula aku tanya kenapa aku xpernah dpt call dia waktu mlm,katanya kt rumah dia coverage teruk…oh ya…dia jarang pick up my call…alasan sbb letak silance mode..sbb dia selalu dlm meeting room…yelah tu..kalau org yg busy mcm dia tu..mesti perlukan hp sentiasa bersedia,…mna boleh nak 24jam silence mode kan…?oh ya…ada ke org bujang pakai kenderaan jenis 7 seater?..

   Tapikan, aku cuba ignore semua tanda2 itu sbb aku nak juga percaya yg AZ jujur dgn aku.tak dinafikan dia mmg pandai mengambil hati,buat aku rasa dihargai dan disayangi…aku mmg bahagia dan selesa dgnnya.

  Mungkin sbb aku ni begitu jujur dan ikhlas…Tuhan sekali lagi tolong aku.kelmarin selepas menghantar AZ ke KLIA(dia kena out station ke Sibu) aku tertidur sebentar.mimpi di siang hari barangkali tapi cukup memberi kesan.aku bermimpi ada seorg perempuan bersama 2 org anak memandang aku sayu seolah2 merayu aku sesuatu.tanpa sepatah kata di bibirnya tapi perasaan aku kuat mengatakan bahawa perempuan itu ada kaitan dgn AZ..aku dpt rasa kesedihan di hatinya.

  Bila terjaga degup jantung aku berdegup kencang.terus rasa xsedap hati..fikiran aku berkecamuk…ada seribu satu kebimbangan dlm diri…mlm tu juga…aku mahu berckp dgn AZ…kami berbual melalui Gmail(chatting)

  Aku ceritakan tentang mimpi itu pd AZ…kuasa Tuhan juga…dia akhirnya terbuka hati nak berterus terang.akhirnya,rasa curiga selama ini terbukti benar.dia mengaku sudah kawin dan telah pun mempunyai anak.. bukannya 2, tapi 5!

    Tersentap? itu sudah semestinya.walaupun bagai boleh dijangka tapi aku tetap terasa kepedihan itu.tapi dlm pd itu pun AZ masih ingin bersandiwara.lelaki mcm AZ tetap sama…..sudah salah tapi masih nak cari alasan…mula cuba cari salah org lain.dan semestinyalah dia salahkan sang isteri konon tidak dpt menyempurnakan keinginannya.

  Tahu apa alasan AZ? kononnya sang isteri xmahu barikan zuriat lagi…aii..5 org belum cukup lagi ke?lain lah kalau si isteri tu mandul…lagipun yg bongsu baru je setahun lebih…dia ingat senang ke nak lahirkan 5 anak utk dia?ingat perempuan ni kilang anak?lepas tu dia ckp dia betul2 cintakan aku..ikhlas dgn aku..nak selamatkan aku dr dosa….ikhlas apa? selamatkan aku dr apa? dosa apa?

   Itu alasan org yg kononya alim dan tahu agama…tapi dia sendiri lupa,mencurangi isteri adalah satu dosa besar.dia bukannya nak selamatkan aku..tapi semakin membawa aku ke lembah dosa…dosa kerana bakal mengguris hati seorg isteri dan ibu.dan dia sendiri…nak selamatkan apa kalau xboleh lepa sikit asyik nak menggatal…tapi nasib baiklah aku ni kuat iman…aku masih dpt menjaga diriku.

   Aku bukanlah baik…aku mmg tak alim…tapi aku tak hipokrit dan xmenipu org lain.aku jujur tentang diri aku.aku tak permainkan perasaan org…aku tak pernah menganiaya org lain.jgn ingat sbb sembahyang tak pernah tinggal…dia boleh dimaafkan dr melakukan dosa yg lain.dan jgn ingat sbb aku xmenutup aurat,sembahyang pun selalu terabai,aku ini seorg yg jahil dgn agama..boleh di buat sesuka hati.rasanya kalau nak dibandingkan dgn org yg kononnya alim tu…org mcm aku ni jauh lebih baik dan boleh di percayai.at least…aku jujur dgn diri sendiri.

   Aku sebenarnya sudah biasa sgt dikecewakan…letih…tapi dah mcm dah imune dah…sbb itulah kot aku xmenangis lagi kali ni.airmata pun dah malas nak keluar.bagus juga.kalau nak kata aku serik…NO..NO..NO…biar beratus kali pun aku harus alami perkara yg sama…biarlah..mungkin Tuhan nak aku belajar sesuatu drnya.aku akan terus menanti dan menanti…mungkin aku bakal bertemu Mr.Right aku setelah aku di kecewakan pd kali ke 700? xpelah…700 kali lagi aku bersedia dikecewakan kalau itulah caranya utk aku akhirnya bertemu teman hidupku.

   Aku xmenyesal bertemu AZ..aku berterima kasih kpdnya sbb beri aku kebahagiaan selama 2 bulan ini.walaupun ianya kepalsuan semata2,tapi aku tetap bahagia pd waktu itu.ya…ada pelajaran baru aku terima lagi pd kali ini.aku jatuh cinta pd org yg salah lagi.tapi aku xralat sbb ianya bukan salah aku.dia yg menipu,bukan aku.cuma aku sgt2 bersimpati pd isteri dan anak2 AZ yg tidak berdosa…mereka mungkin tak menyangka suami dan ayah yg mereka sayangi dan percayai sanggup mencurangi mereka.aku amat bencikan AZ sbb itu.

   Aku bersyukur sbb terlepas dr lelaki licik mcm AZ.tapi aku sgt2 kasihankan keluarga AZ.Moga2 AZ akan sedar kesilapannya dan kembali ke pangkal jalan…tapi…bolehkah lelaki seperti AZ akan berubah? selepas aku…siapa pula? harap2 TUHAN dilindungilah isteri dan anaknya………….

   Buang masa saja bersedih pd org yg sebegini…aku nak enjoy …nak pergi tgok wayang skjp lagi…aku ada ramai kawan2 yg akan ceriakan aku di saat2 genting seperti ini.to all….siapa yg mengalami nasib yg sama tu….lawan balik…jgn jadi lemah…yg sedang berbahagia tu..congratulation!…moga aku juga akan dapat kebahagiaan yg sebenarnya nanti….

Leave a Reply