I met someone
Hi …..aku kat bombay…masuk ni dah 6 bulan straight aku asyik kena ke india.dah rasa mcm bollywood crew dah pun.
Mlm ni aku akan berangkat pulang..xsabar rasanya…nak tahu sbb apa…sbb aku kerinduan…hehehehe..cheh! jiwang!
Aku bertemu AZ(xleh tulis nama penuh) baru je dlm 2 bulan nan lalu.dia passenger aku masa dlm pesawat dr London ke Kuala Lumpur.aku bertugas di kelas Business pd waktu itu.mcm biasa,aku layan penumpang aku sama rata.
waktu penerbangan yg panjang membuatkan hampir kesemua penumpang tidur lena…tapi si AZ ni aku tengok asyik berjaga.mungkin xselesa nak tidur di kerusi penumpang.bila dia keluar dr tandas,inflight supervisor aku(IFS) pelawa dia duduk di kerusi crew dan berbual dgnnya.dlm berseloroh IFS bertanya kpdnya…"dah kawin ke belum….kalau belum,si Milla ni tgh dok cari calon.." geram juga aku dgn gurauan si IFS tu…tapi aku tersengeh je la…mentang2 la aku masih single.
Lepas tu Ifs aku minta diri sbb ada kerja lain nak buat.tapi AZ masih tak berganjak dr crew seat.jadi aku pula yg temankan dia berbual.kami berbual hal2 biasa…
Sebelum AZ keluar dr pesawat selepas mendarat,dia minta nombor telefon aku.apasalahnya…aku berikan saja,tanpa fikir apa2.tapi semasa aku dlm transport dlm perjalanan pulang ke rumah,aku dpt panggilan dr AZ.tak sangka pula dia akan call.lepas tu…hari2 dia akan call dan sms aku.
Kini sudah hanpir 2 bulan kemesraan terjalin..masih terlalu baru..tapi aku amat selesa dgn AZ.Aku mula rasa gembira semula….bahagia kerana rasa hidup mula terisi.dia sering menemani aku setiap kali kami sama2 ada kelapangan.aku rasa ada insan yg mula bagi perhatian kpdku,sesuatu yg sudah lama tidak aku rasai.
Tapi dlm pd itu,aku masih dlm kebimbangan.aku takut perasaan bahagia ini tidak berkekalan.sbbnya telah banyak kekecewaan yg aku alami.aku dah tak sanggup nak mengalaminya lagi.sudah banyak kali kebahagian aku di rentap di saat aku di kemuncak bahagia.aku sendiri pun tak tahu apa yg tak kena…kerana setiap kali aku begitu menyayangi seseorg…aku akan di kecewakan.seolah2 aku telah di sumpah utk tidak menemui bahagia.
Dan aku mmg bimbang perkara yg sama akan berlaku lagi.sbbnya aku sendiri sebenarnya tidak mengetahui latar belakang dan tentang diri AZ dgn sepenuhnya.aku tak kenal sesiapa dr pihaknya..kawan2nya..keluarganya…di mana rumahnya…banyak perkara yg aku masih tak tahu.dan aku juga tak tahu samaada dia benar2 ikhlas atau sebaliknya…mmg dia ckp dia masih single,,tapi org boleh berkata apa saja.setakat ini,aku percaya apa yg dikatakannya.aku mahu bina perhubungan di atas dasar kejujuran dan kepercayaan.cuma aku berharap,dia tidak mempermainkan perasaan aku.tidak adil rasanya jika aku di sakiti lagi kerana aku benar2 ikhlas dan jujur terhadapnya.aku mohon pd Tuhan,jika dia bukan sepatutnya utkku,moga Tuhan tunjukkan lah seawal mungkin.kerana aku tak mahu membuang masaku utk org yg salah lagi.aku sgt2 letih dgn kekecewaan.dan..aku amat2 berharap…AZ bukanlah org yg salah itu.
Buat masa ini semuanya berjalan dgn baik antara aku dan AZ…kalau ada yg tak kena,akan kami cuba selesaikan dgn baik.aku akan cuba mengenali AZ dgn sebaik mungkin.dan aku akan cuba menjadi yg terbaik utknya juga.namun nasihat kawan2 yg minta aku berhati2 tetap akan aku ingati.sbbnya…kita mmg tak akan tahu…
Aku mmg ada had aku sendiri dlm hal ini..tengok lah sejauh mana hubungan ini akan pergi.tapi aku telahpun tetapkan limit aku pd seseorg…aku tak mahu buang masa aku lagi..pun bukanlah aku mahu memaksa seseorg itu mengahwiniku…aku tak mahu memaksa atau menyuarakan hal perkahwinan. …kalau dia jujur…suatu hari..mungkin dia akan lakukan perkara yg betul.tapi aku mmg ada had masa aku.tgoklah mcmmana….buat masa skrg…biarlah masa yg menentukan.aku cuma ingin bersamanya.
Aku berserah pd Tuhan………moga aku tak salah percaturan.