Archive for July, 2008

10 hari kemudian

Sunday, July 20th, 2008

  Hi all..aku akan ke incheon kejap lg…dah seharian hari ni aku dok melepek kt depan tv aje…makan…tgok tv..tv tgok aku…makan lagi…pastu sakit kepala.

   Nasib baik la kejap lg aku bekerja…sesuatu yg aku amat2 perlukan setiap masa.walaupun roster aku agak pack bulan ni,tapi waktu terluang yg sedikit itupun boleh buat aku bosan…nak merayap bukan tabiat aku.lagi pun dekat hujung bulan ni,poket pun kering.

   Dah 10 hari sejak aku single semula…alhamdulillah…dah makin ok…walaupun kekadang teringat juga.bukan senang nak lupa..mungkin 2 bulan perhubungan itu terlalu singkat…tapikan..ianya bukan bergantung kpd berapa lama perhubungan itu berjalan,tapi berapa dalam perasaan itu.ada yg bercouple 7-8 tahun atau lebih…tapi bila hati sudah xde perasaan cinta lg…hubungan itu lebih mudah nak diputuskan..lebih mudah nak di lupakan.tapi aku…walaupun hanya 2 bulan..tapi aku amat2 cintakan AZ.aku akui mmg marah sgt sbb ditipu,tapi dlm masa yg sama aku masih rindukan dia.tapi tak bermakna aku mahu kembali kpdnya.masa akan merawat aku,akan melupakan aku kpdnya.

    Ada sorang kawan bertanya…apa salahnya jadi isteri ke-2? mmg la dln agama pun membenarkan.aku pun boleh ckp yg aku xmahu berkongsi kasih dan merampas hak org lain…tapi kita tak tahu nasib kita di depan hari.mungkin aku akan makan kembali kata2 dan pendirian aku skrg…cuma buat masa sekarang ni,selagi boleh,aku akan mengelak sedaya mungkin…masa aku bukan lagi di penghujung…aku masih layak utk tentukan masa sepan dan kebahagiaan ku…mmg aku sudah masuk alam 30an..kalau dulu tu dah kira anak dara tualah aku ni..hhahahaha..tapi zaman skrg ni dah tak jadi isu yg berat..org dah semakin berfikiran terbuka.

    Berbalik kpd isu jadi isteri ke-2…atau ke-3…ke -4…mmg tak salah dr segi agama..tapi islam pun telah menentukan syarat2 yg ketat keatasnya..malangnya org kita hanya pandang pd sunah..tapi syarat2 lain mereka buat pejam mata saja.dlm berkongsi kasih ni yg untung hanya kaum lelaki saja…tp yg perempuan tetap menderita..dlm rela atau tidak.aku xakan percaya jika ada perempuan yg mengaku dia suka n bahagia jika suaminya berkahwin lagi…betul ke?..bagi aku jika benar2 dia bahagia melihat suaminya bersama org lain adalah di sebabkan dia sudah tiada cinta utk suaminya itu.org yg menyintai seseorg takkan sanggup melihat cinta hatinya bersama org lain.

   Aku sendirilah kan…katakanlah aku bertemu jodoh dgn suami org..berkongsi kasih…apa akan bahagiakah aku?sanggup ke aku tgok suami ke rumah madu?tak cemburukah aku? sedangkan isteri nabi sendiri mempunyai sikap cemburu pd madunya…inikan aku….senang cerita..kalau aku pilih utk berkongsi kasih,bermakna aku juga telah pilih utk sentiasa di sakiti,sentiasa berendam air mata,sentisa cemburu,sentiasa iri hati…..kata singkatnya..memderita!

   Kata kawan aku..semua pengalaman2 ini sebagai bekalan utk aku menilai seseorg..buat aku makin berpengalaman,makin kuat.mungkin…kata kawan juga…jgn ingat bila berkahwin nanti semua masaalah aku akan berakhir..ianya mungkin menjadi permulaan kpd masaalah….bila masaalah besar melanda,pd masa itu,barulah kita rasa hidup single lebih baik…at least masaalah itu hanya melibatkan diri kita seorg saja…tapi bila masaalah melanda setelah berkahwin..di tambah pula mempunyai anak,lebih sukar utk di tangani.

   Mungkin benar ckp kawan aku tu.tapi kalau aku takut menghadapinya,sampai bila pun aku akan kesunyian begini.tapi masaalahnya bukan sbb aku takut..tapi sbb jodoh masih malu2 nak menghampiri.

   Kata kawan yg lain,aku ni memilih..bukan xada yg nak kt aku ni..tapi aku ni yg selalu lepas pandang pd yg sudi.dlm hal ni kan,..bukan pasal memilih ke apa…betul…ada yg nak kan aku tu tak aku nafikan mmg seorg yg jujur dan baik..tapi kalau perasaan tak klik,macammana nak bersama?takkan nak paksa hati kalau tak cinta…? dlm hal ni,kenalah ada keserasaian dlm perasaan baru boleh melayari perhubungan itu dgn perasaan cinta dan kasih yg mendalam..kalau sekerat2 hati aje…nanti rapuh jadinya.

   Lagi 3 hari,harijadi AZ…aku dah pun merancang makan malam romantis utk kami berdua…dia pernah kata ingin melihat aku dlm gaun malam yg serupa mcm satu majalah..dah pun aku beli.dia juga pernah kata dia sukakan satu barang dr inflight sale(jualan dlm kapal terbang)pun hampir2 aku membelinya walaupun harganya agak mahal.seboleh mungkin aku cuba nak jadi kekasih yg baik…tapi nak buat mcmmana..semua itu xbermakna..tapi aku tak menyesal…nasib baik juga perpisahan itu terjadi sebelum hari jadinya…selamat duit aku..heheheheheh…tapi jika aku bercinta lagi…aku takkan teragak2 utk buat perkara yg sama…

    Alemak..dah lewat dah ni..dah kena balik rumah..kejap lagi dah kena bersiap utk kerja…terbang jauh dr rumah adalah satu2 terapi utk aku…yg menjadi ubat utk aku lupakan seketika apa2 masaalah.mana tau aku bakal jumpa seseorg dlm kapal nanti…hehehehe…to all…chow…!!!

Tipah Tertipu…

Thursday, July 10th, 2008

    HA! HA! HA!…..Aku mulakan catatan aku kali ni dgn ketawa….ada yg lucu ke? xde….aku baru je single balik smlm….HA!HA!HA!…apa yg best nye putus hubungan lagi?bukan ke sepatutnya aku bersedih…menangis n frust menonggeng?…xbetul ke aku ni?

   Baru sgt aku up date blog aku pasal kebahagiaan aku menjalinkan hubungan dgn seorg lelaki bernama AZ…pendek betul kebahagiaan itu…dan hari ini…aku kembali bersendirian.aku kembali dgn dunia solo aku yg sepi….alaa,….mcm filem SEPI tu….

   Pelik tapi benar…tiada setitis airmata yg mengalir di pipi…aku ingat smlm aku xmenangis sbb aku masih dlm keadaan terkejut…yelah..dlm dok di alam bahagia..tiba2 dlm sesaat kebahagiaan itu direntap! sekelip mata aje…tanpa di duga…semlm juga aku xdpt melelapkan mata…terkebil2 di atas katil memandang syilling…tapi aku tetap xmenangis…heran juga aku…kalau aku menagis puas2 smlm,at least aku jadi letih dan senang sikit nak tidur.hampir subuh jugalah aku terkebil2 dgn kepala yg kosong..tanpa reaksi.dan pagi ini…belum pun pukul 8 pagi aku sudah terjaga semula..mungkin xsampai 3 jam aku tidur.dan bila bangun tu ingatkan aku akan mulai rasa kelukaan itu..yakni aku akan menagis hari ini..tapi tidak juga.hmm…kenapa ye?

   Let me tell u the story ….ok…aku dah citer mcmmana aku kenal AZ…so from there everythings goes well.and i’m so happy wt him…mmg terawang-awangla…dah lama xrasa bahagia camtu.tapi kan dlm pd tu,ada sesuatu tentang dia yg buat aku curiga…kawan2 pun dr mula dah curiga…sign pertama…rata2 kawan yg tahu tentang perhubungan ini akan tanya.."are u sure he’s not married?"..dan aku ckp..aku xtahu tentang itu…tapi AZ ckp dia belum kawin..i’ll takes my chance to know him…tapi kalau dia tipu aku,itu bukan salah aku.

  Banyak sign2 lain yg mencurigakan..contohnya kenapa dia sering kena balik cepat…dan hp dia akan di offkan setiap kali dia berada di rumah…mula2 dia ckp dia off hp sbb nak fully charge hp tu…pastu lain kali pula aku tanya kenapa aku xpernah dpt call dia waktu mlm,katanya kt rumah dia coverage teruk…oh ya…dia jarang pick up my call…alasan sbb letak silance mode..sbb dia selalu dlm meeting room…yelah tu..kalau org yg busy mcm dia tu..mesti perlukan hp sentiasa bersedia,…mna boleh nak 24jam silence mode kan…?oh ya…ada ke org bujang pakai kenderaan jenis 7 seater?..

   Tapikan, aku cuba ignore semua tanda2 itu sbb aku nak juga percaya yg AZ jujur dgn aku.tak dinafikan dia mmg pandai mengambil hati,buat aku rasa dihargai dan disayangi…aku mmg bahagia dan selesa dgnnya.

  Mungkin sbb aku ni begitu jujur dan ikhlas…Tuhan sekali lagi tolong aku.kelmarin selepas menghantar AZ ke KLIA(dia kena out station ke Sibu) aku tertidur sebentar.mimpi di siang hari barangkali tapi cukup memberi kesan.aku bermimpi ada seorg perempuan bersama 2 org anak memandang aku sayu seolah2 merayu aku sesuatu.tanpa sepatah kata di bibirnya tapi perasaan aku kuat mengatakan bahawa perempuan itu ada kaitan dgn AZ..aku dpt rasa kesedihan di hatinya.

  Bila terjaga degup jantung aku berdegup kencang.terus rasa xsedap hati..fikiran aku berkecamuk…ada seribu satu kebimbangan dlm diri…mlm tu juga…aku mahu berckp dgn AZ…kami berbual melalui Gmail(chatting)

  Aku ceritakan tentang mimpi itu pd AZ…kuasa Tuhan juga…dia akhirnya terbuka hati nak berterus terang.akhirnya,rasa curiga selama ini terbukti benar.dia mengaku sudah kawin dan telah pun mempunyai anak.. bukannya 2, tapi 5!

    Tersentap? itu sudah semestinya.walaupun bagai boleh dijangka tapi aku tetap terasa kepedihan itu.tapi dlm pd itu pun AZ masih ingin bersandiwara.lelaki mcm AZ tetap sama…..sudah salah tapi masih nak cari alasan…mula cuba cari salah org lain.dan semestinyalah dia salahkan sang isteri konon tidak dpt menyempurnakan keinginannya.

  Tahu apa alasan AZ? kononnya sang isteri xmahu barikan zuriat lagi…aii..5 org belum cukup lagi ke?lain lah kalau si isteri tu mandul…lagipun yg bongsu baru je setahun lebih…dia ingat senang ke nak lahirkan 5 anak utk dia?ingat perempuan ni kilang anak?lepas tu dia ckp dia betul2 cintakan aku..ikhlas dgn aku..nak selamatkan aku dr dosa….ikhlas apa? selamatkan aku dr apa? dosa apa?

   Itu alasan org yg kononya alim dan tahu agama…tapi dia sendiri lupa,mencurangi isteri adalah satu dosa besar.dia bukannya nak selamatkan aku..tapi semakin membawa aku ke lembah dosa…dosa kerana bakal mengguris hati seorg isteri dan ibu.dan dia sendiri…nak selamatkan apa kalau xboleh lepa sikit asyik nak menggatal…tapi nasib baiklah aku ni kuat iman…aku masih dpt menjaga diriku.

   Aku bukanlah baik…aku mmg tak alim…tapi aku tak hipokrit dan xmenipu org lain.aku jujur tentang diri aku.aku tak permainkan perasaan org…aku tak pernah menganiaya org lain.jgn ingat sbb sembahyang tak pernah tinggal…dia boleh dimaafkan dr melakukan dosa yg lain.dan jgn ingat sbb aku xmenutup aurat,sembahyang pun selalu terabai,aku ini seorg yg jahil dgn agama..boleh di buat sesuka hati.rasanya kalau nak dibandingkan dgn org yg kononnya alim tu…org mcm aku ni jauh lebih baik dan boleh di percayai.at least…aku jujur dgn diri sendiri.

   Aku sebenarnya sudah biasa sgt dikecewakan…letih…tapi dah mcm dah imune dah…sbb itulah kot aku xmenangis lagi kali ni.airmata pun dah malas nak keluar.bagus juga.kalau nak kata aku serik…NO..NO..NO…biar beratus kali pun aku harus alami perkara yg sama…biarlah..mungkin Tuhan nak aku belajar sesuatu drnya.aku akan terus menanti dan menanti…mungkin aku bakal bertemu Mr.Right aku setelah aku di kecewakan pd kali ke 700? xpelah…700 kali lagi aku bersedia dikecewakan kalau itulah caranya utk aku akhirnya bertemu teman hidupku.

   Aku xmenyesal bertemu AZ..aku berterima kasih kpdnya sbb beri aku kebahagiaan selama 2 bulan ini.walaupun ianya kepalsuan semata2,tapi aku tetap bahagia pd waktu itu.ya…ada pelajaran baru aku terima lagi pd kali ini.aku jatuh cinta pd org yg salah lagi.tapi aku xralat sbb ianya bukan salah aku.dia yg menipu,bukan aku.cuma aku sgt2 bersimpati pd isteri dan anak2 AZ yg tidak berdosa…mereka mungkin tak menyangka suami dan ayah yg mereka sayangi dan percayai sanggup mencurangi mereka.aku amat bencikan AZ sbb itu.

   Aku bersyukur sbb terlepas dr lelaki licik mcm AZ.tapi aku sgt2 kasihankan keluarga AZ.Moga2 AZ akan sedar kesilapannya dan kembali ke pangkal jalan…tapi…bolehkah lelaki seperti AZ akan berubah? selepas aku…siapa pula? harap2 TUHAN dilindungilah isteri dan anaknya………….

   Buang masa saja bersedih pd org yg sebegini…aku nak enjoy …nak pergi tgok wayang skjp lagi…aku ada ramai kawan2 yg akan ceriakan aku di saat2 genting seperti ini.to all….siapa yg mengalami nasib yg sama tu….lawan balik…jgn jadi lemah…yg sedang berbahagia tu..congratulation!…moga aku juga akan dapat kebahagiaan yg sebenarnya nanti….

I met someone

Wednesday, July 9th, 2008

Hi …..aku kat bombay…masuk ni dah 6 bulan straight aku asyik kena ke india.dah rasa mcm bollywood crew dah pun.

   Mlm ni aku akan berangkat pulang..xsabar rasanya…nak tahu sbb apa…sbb aku kerinduan…hehehehe..cheh! jiwang!

   Aku bertemu AZ(xleh tulis nama penuh) baru je dlm 2 bulan nan lalu.dia passenger aku masa dlm pesawat dr London ke Kuala Lumpur.aku bertugas di kelas Business pd waktu itu.mcm biasa,aku layan penumpang aku sama rata.

   waktu penerbangan yg panjang membuatkan hampir kesemua penumpang tidur lena…tapi si AZ ni aku tengok asyik berjaga.mungkin xselesa nak tidur di kerusi penumpang.bila dia keluar dr tandas,inflight supervisor aku(IFS) pelawa dia duduk di kerusi crew dan berbual dgnnya.dlm berseloroh IFS bertanya kpdnya…"dah kawin ke belum….kalau belum,si Milla ni tgh dok cari calon.." geram juga aku dgn gurauan si IFS tu…tapi aku tersengeh je la…mentang2 la aku masih single.

  Lepas tu Ifs aku minta diri sbb ada kerja lain nak buat.tapi AZ masih tak berganjak dr crew seat.jadi aku pula yg temankan dia berbual.kami berbual hal2 biasa…

  Sebelum AZ keluar dr pesawat selepas mendarat,dia minta nombor telefon aku.apasalahnya…aku berikan saja,tanpa fikir apa2.tapi semasa aku dlm transport dlm perjalanan pulang ke rumah,aku dpt panggilan dr AZ.tak sangka pula dia akan call.lepas tu…hari2 dia akan call dan sms aku.

   Kini sudah hanpir 2 bulan kemesraan terjalin..masih terlalu baru..tapi aku amat selesa dgn AZ.Aku mula rasa gembira semula….bahagia kerana rasa hidup mula terisi.dia sering menemani aku setiap kali kami sama2 ada kelapangan.aku rasa ada insan yg mula bagi perhatian kpdku,sesuatu yg sudah lama tidak aku rasai.

   Tapi dlm pd itu,aku masih dlm kebimbangan.aku takut perasaan bahagia ini tidak berkekalan.sbbnya telah banyak kekecewaan yg aku alami.aku dah tak sanggup nak mengalaminya lagi.sudah banyak kali kebahagian aku di rentap di saat aku di kemuncak bahagia.aku sendiri pun tak tahu apa yg tak kena…kerana setiap kali aku begitu menyayangi seseorg…aku akan di kecewakan.seolah2 aku telah di sumpah utk tidak menemui bahagia.

   Dan aku mmg bimbang perkara yg sama akan berlaku lagi.sbbnya aku sendiri sebenarnya tidak mengetahui latar belakang dan tentang diri AZ dgn sepenuhnya.aku tak kenal sesiapa dr pihaknya..kawan2nya..keluarganya…di mana rumahnya…banyak perkara yg aku masih tak tahu.dan aku juga tak tahu samaada dia benar2 ikhlas atau sebaliknya…mmg dia ckp dia masih single,,tapi org boleh berkata apa saja.setakat ini,aku percaya apa yg dikatakannya.aku mahu bina perhubungan di atas dasar kejujuran dan kepercayaan.cuma aku berharap,dia tidak mempermainkan perasaan aku.tidak adil rasanya jika aku di sakiti lagi kerana aku benar2 ikhlas dan jujur terhadapnya.aku mohon pd Tuhan,jika dia bukan sepatutnya utkku,moga Tuhan tunjukkan lah seawal mungkin.kerana aku tak mahu membuang masaku utk org yg salah lagi.aku sgt2 letih dgn kekecewaan.dan..aku amat2 berharap…AZ bukanlah org yg salah itu.

    Buat masa ini semuanya berjalan dgn baik antara aku dan AZ…kalau ada yg tak kena,akan kami cuba selesaikan dgn baik.aku akan cuba mengenali AZ dgn sebaik mungkin.dan aku akan cuba menjadi yg terbaik utknya juga.namun nasihat kawan2 yg minta aku berhati2 tetap akan aku ingati.sbbnya…kita mmg tak akan tahu…

   Aku mmg ada had aku sendiri dlm hal ini..tengok lah sejauh mana hubungan ini akan pergi.tapi aku telahpun tetapkan limit aku pd seseorg…aku tak mahu buang masa aku lagi..pun bukanlah aku mahu memaksa seseorg itu mengahwiniku…aku tak mahu memaksa atau menyuarakan hal perkahwinan. …kalau dia jujur…suatu hari..mungkin dia akan lakukan perkara yg betul.tapi aku mmg ada had masa aku.tgoklah mcmmana….buat masa skrg…biarlah masa yg menentukan.aku cuma ingin bersamanya.

  Aku berserah pd Tuhan………moga aku tak salah percaturan.