Ujian?
Selamat hari pekerja kpd semua yg berkerjaya…xkiralah yg makan gaji ke…kerja sendiri ke..makan gaji buta ke….Dan kpd yg dok menganggur n malas nak cari kerja konon kerja tu xsepadan dgn diploma yg digenggam…ucapan aku…."nak masuk toilet pun kena bayar tau…."
Pd ketika ini fikiran aku sedang runsing…seakan ada ujian yg perlu aku hadapi skrg..mungkin tidak besar mana pd org lain,tapi agak mengganggu ketenteraman.
Sudah hampir tarikh utk aku dan kedua ibu bapaku utk berangkat ke Mekah..yakni 12hb ini.tetapi saat aku menulis di sini,masih ada perkara yg belum selesai.proses permohonan visa masih belum terlaksana gara2 sahabatku Mariam dan ibunya ingin bermahramkan bapaku.sebabnya adalah kerana aku dan Mariam sama2 bekerja sebagai pramugari…jadual kami yg berbeza menyukarkan proses permohonan visa kerana pihak agensi mahukan kesemua kami menyerahkan passport serentak.itu adalah syarat pihak kedutaan Arab Saudi katanya.
Sebenarnya keadaan ini menjadi sulit kerana pihak agency yg bagi aku suka menanguh-nangguhkan kerja…aku sudah lama mendaftar dgn mereka..kira2 2 bulan nan lalu..tapi semuanya masih belum selesai hingga saat ini.Mariam sendiri juga seolah2 tidak ambil berat soal ini hingga sering menangguh-nangguhkan kerja dlm menyediakan segala dokumen yg di perlukan…sedikit buatku kecewa.dan semlm…bila aku berkeras minta dia selesaikan perkara yg belum selesai bagi pihaknya,barulah dia nak bergerak sikit…itupun dia mengaku..dia sebenarnya tak sepenuh hati utk kesana….
Aku kata kpd Mariam..sbb itulah segalanya menjadi sukar..sbb niatnya xsepenuh hati utk kesana.aku tak kisah sebenarnya kalau Mariam tak mahu ikut serta.asalnya pun dia sendiri yg nak ikut serta..bukan aku paksa pun.sbb ibunya teringin sgt nak buat umrah,jadi dia nak ikut serta sbb kalau dia tak ikut aku kali ini,lain kali sukar baginya utk kesana tanpa mahram.Mariam anak yatim.
Tapi rupanya bukan senang proses utk kesana…selama ini aku pergi melalui kerja..mmg mudah…lagipun cara yg kami pergi tu pun cara yg salah…nasib baik xkena tangkap.tapi utk kali ini,utk buat betul2..mmg banyak betul syarat n prosesnya.bukan senang.tambahan pula bila ada yg bukan muhrim ingin turut serta…mmg lebih cerewet syaratnya.
Itu satu hal…dan pagi tadi pula mak call ckp doktor ada call kelmarin..minta ayah buat pembedahan jantungnya pd 12hb ini…tarikh yg sama dgn tarikh keberangkatan kami ke tanah suci.satu kebetulan yg membimbangkan…..dan ayah mintaya doktor tangguhkan dulu sbb mmg dia mahu sgt ke tanah suci.mendengar ini aku jadi amat risau….cukup sihatkah ayah untuk menjalankan ibadahnya?
Fikiran aku terganggu….aku tak beritahu mak ayah tentang proses visa yg belum selesai….kerana ini mungkin akan merisaukan mereka…aku sendiri risau takut ada kesukaran dlm proses ini..sekali gus membataltan perjalanan kami.aku tak mahu membunuh kegembiraan mak ayah yg sudah telalu teruja utk ke sana…mereka sudah berkira2 utk membuat kenduri doa selamat…sudah pun buat persediaan yg secukupnya…rasanya kepada semua org pun sudah mereka khabarkan…mmg mereka sgt teruja utk kesana.dan hati aku akan hancur luluh jika impian mereka ini tidak terlaksana.
Aku amat2 berharap dan berdoa…permudahkanlah perjalanan kami ini..berilah peluang kpd mak ayah ku menjejak kaki mereka ke sana…kalaulah ini satu dugaan utk menguji kesabaran dan keyakinanku…aku harap aku akan lulus ujian itu..demi kedua ibu bapaku.walau apa sekalipun…akanku cuba menjadikan impian mereka menjadi nyata.
Kepada mereka yg mungkin membaca tulisanku ini…tolonglah doakan utk kedua ibu bapaku ya…mungkin doa kalian dpt membantu.
Buat masa ini….aku masih belum tenteram………
April 30th, 2008 at 9:59 pm
allah humma salli ‘ala muhammadin abdika warasulikan nabiyyil ummiyyi…..semoga di permudahkan akan segala hal, agar terlaksana segala doa. insyaallah.