Not again……!

   Ingat lagi tak kisah aku yg tak perasankan Sultan Azlan Shah 10 tahun nan lalu?..ha..kali ini jadi lagi kisah yg lebih kurang sama…sesuatu yg agak memalukan bagiku……

     Baru2 ini aku ada buat flight ke Manila…daily flt aje….Masa ke Manila tu aku bertugas di bahagian business class.agak penuh juga…..Masa tgh boarding tu aku dah terdengar Css aku hanpir menjerit…"boss tv3…"..Aku menoleh..nampak 2 org berbangsa melayu sedang menuju ke tempat duduk depan.Dpt aku jangkakan,kedua mereka ini tentulah org penting….boss tv3?

    Secara jujurnya,aku mmg tidak mengenali siapa boss tv3..mungkin aku tak cukup peka tentang itu…tapi sbb Css aku awal2 lagi sudah bagitau yg boss tv3 berpangkat Dato Sri ada di kabin aku,maka itulah kali pertama aku mengenalinya….err…itu yg aku sangka!

   Seperti biasa aku melihat nama2 penumpang pd list nama yg di sediakan….dan nama Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan..a.k.a CEO TV3 (former)berada di tempat 5A,dan kawannya pula,En.Zulkifli berada di tempat 5C(sebelah menyebelah)

   Dari mula aku berinteraksi dgn mereka…semasa mengambil pesanan makanan,aku perasan En. Zulkifli merenung tepat ke arah muka ku setiap kali aku menyebut namanya…aku buat2 tak paham je….rasa meluat pun ada…ada ke renung tajam ke muka  org cam tu…nak aje aku tanya dia…"ada masaalah ke?" tapi takkan lah kot nak tanya cam tu kan….balik ke galley…aku ada komplen pasal itu pada rakan sekerja…aku ckp.."kawan Dato’ Sri tu apahal ntah….tengok org semacam…"..kawan aku ckp,dia mungkin suka kat aku kot…tapi cara renungan dia tu bukan macam renungan suka,tapi renungan penuh kehairanan…..dan keadaan ini terus berlanjutan begitu (dia terus bermuka blur sotong begitu setiap kali aku bercakap dgnnya)hinggalah saat hampir mendarat.

     Aku mmg tau sgt gelagat penumpang ni…kalau dekat2 time nak mendarat,masa tulah semua pakat serbu nak guna toilet.dah la toilet tak banyak,dok pulak dekat dgn galley tempat kami buat kerja…bila semua dok beratur kat situ,tak ke mengganggu kerja jadinya….?dan pada masa itu jugalah aku mendapat jawapan kenapa En. Zulkifli asyik pandang tajam ke muka aku setiap kali aku menyebut namanya…CSS aku dgn mesranya menyapa En.Zulkifli.."maaf ye Dato’…ada org dlm toilet…"…nahh….org yg aku asyik panggil En.Zulkifli itu rupa2nya Dato’ Sri…..aku dah tersalah panggil nama.utk memastikan kesahihan kesilapan itu,aku bertanya pd CSS aku…"..err…Kiran,.Dato’Sri tukar tempat ke?"     " Yeup…oh God! don’t tell me you got a wrong person….!" Css Kiran sudah dpt menjangka."i’m afraid i just did….."terus aku menutup muka sbb malu dgn kesilapan ini. "takkan kau tak kenal dia milla..?"malangnya mmg aku tak kenal dia…kata Css aku dia agak popular…tapi mungkin tak cukup popular kepada aku…

    Rasa bersalah…tapi rasanya tak berani nak mengaku salah itu kpd Dato’Sri…lagi pun dah nak landing…dah xde masa…aku ambil keputusan,diam kan saja…..aku cuma berharap Dato’ Sri dpt maafkan aku…rasanya dia tahu aku mmg tak kenal dia…..ayoo…bayangkan kalau aku tak kenal seorang raja….ops…dah penah jadi pun….nasib baik sultan tak murka dgn keblurr  sotong aku ni….

      So far aku sering bernasib baik…tapi kalau penyakit blurr ni berulang lagi..entah sampai bila aku akan terselamat lagi…

   

Leave a Reply