MY BIRTHDAY
Wednesday, March 19th, 2008Happy belated birthday to me….dah lebih seminggu pun berlalu..11 mac 2008…aku telah melangkah ke alam 3 series….dah 30 dah aku tahun ni…selamat tinggal alam 20-an…sedih…xsangka begitu cepat sekali masa berlalu.
Walau pun sedikit gementar dgn alam baru ini…tapi ada yg istimewanya juga birthday aku kali ini.aku melangkah di alam 30-an di hadapan kaabah di kota suci Mekah.alhamdulillah…ini kali ke-3 aku menunaikan umrah.semakin lama,semakin sempurna ibadah umrah aku di sana…aku semakin faham dgn ibadat yg dilakukan.tidak seperti sebelum ini,banyak yg aku tak faham…cuma main hentam ikut org sahaja.kali ini aku lebih yakin dan lebih berdikari.tidak terlalu bergantung kpd org lain utk membantu aku lagi.
Tentu ramai yg fikir aku hanya berdoa tentang jodoh di hadapan kaabah..lantaran aku selalu mengeluh tentang itu.tapi tidak…bukan kali ini.itu bukan doa utamaku.dlm setiap doa2 ku itu,aku memohon agar Tuhan memakbulkan rancangan ku utk membawa kedua org tuaku ke tanah suci itu.tanganku sudah berkali2 menadah di hadapan kaabah,tubuhku sudah banyak kali bersujud di depannya dan pipiku sudah berkali2 juga melekat bau wangi kain kaabah….aku amat bersyukur…namun sebak rasa hati kerana kedua ibu bapaku belum lagi mendapat rezeki yg sama.
Bukannya aku tak mahu membawa mereka…tapi mungkin belum sampai seru.bukan juga mereka enggan ke sana…tapi mungkin belum rezeki mereka.mak ayah sebenarnya sudah berkali2 berhasrat ke sana.mmg rancangannya sejak tahun lepas kami ingin menunaikan umrah bersama.tapi dugaan Tuhan…ayah pula ada masaalah kesihatan..hinggakan doktor yg merawat melarang niat kami utk kesana.
Tapi alhamdulillah….kali ini kesihatan ayah nampaknya semakin baik.dan kami menganbil kesempatan ini utk menunaikan niat yg tertangguh.aku sudah pun menempah tiket penerbangan utk kami bertiga utk menunaikan umrah kali ini pd bulan mei nanti.gembira betul mak ayah…mmg hasrat mereka utk kesana sejak sekian lama.niat kami hampir2 tercapai….cuma aku berdoa agar tidak ada halangan2 yg bakal membatalkan niat suci kali ini.sbb itulah aku amat2 berharap agar Tuhan memberi mereka peluang sebagaimana yg aku perolehi sebelum ini.
Amat istimewa sekali hari jadi aku kali ini…dgn rezeki yg tidak disangka-sangka ini,dpt beribadat di rumah Tuhan,…pertama kali dapat mencium hajatul aswad dgn mudah(sebelum ini mmg xdpt peluang sbb terlalu ramai org berasak2),berkali2 dpt sembahyang di depan pintu kaabah,cuaca panas pun tak terasa.
Ketika sedang menunggu waktu sembahyang magrib,aku cuba membaca al-Quran…mmg aku agak merangkak membacanya….tidak lancar…tiba2 ada seorg hamba Allah di tepi aku…sgt cantik orgnya…dr Lubnan katanya.dia menegur aku.aku minta dia carikan aku surah Yassin..terus dia minta aku bacakan didepannya sbb dia seorg guru Quran.sepanjang waktu itu,aku belajar mengaji dr seorg guru Quran yg sgt cantik dan baik.selepas solat isyak pula,sebelum pulang ke tempat penginapan,aku berbaring di bawah langit yg cerah,di depan kaabah…cantik sekali Mekah di waktu malam.ada bintang berkelip2…udara nyaman…suasana tenang….apa yg boleh di dengar pd waktu itu adalah bunyi org beribadat…berlagu indah….
Banyak perkara yg aku perasankan pd kali ini.contohnya akan ada jenazah pd setiap kali selepas solat jemaah.bermakna,setiap hari pasti ada yg meninggal dunia di bumi mekah ketika melakukan ibadat.ketika aku dan rakan2 sedang menunggu waktu solat,seekor kucing tiba2 dtg menggeselkan badan pd aku dan kawan2.semua org terkejut…sbbnya kami xtahu bagaimana seekor kucing boleh terlepas masuk ke dlm masjid.sedangkan di setiap pintu masuk pasti ada kawalan yg ketat.kucing itu pula ketika kami sedang bersolat asyik melangut memerhatikan muka kami.kami juga(cuma bertiga sebenarnya) sering mendapat sedekah dr org2 persendirian.(sedekah dr segi makanan,buah kurma,manisan)..rasa seolah2 semua org begitu mesra dgn kami.semua org menegur kami.kami rasa kedatangan kami seolah dirai.
Bila pulang semula ke hotel…aku mendapat pula hadiah hari jadi dr rakan2 sekerja yg lain(walhal aku tak bagitau pun harijadi aku hari itu)mereka berikan aku senaskah al-Quran dlm bekas kayu yg sgt cantik…terima kasih pd mereka semua.ada juga yg berikan hadiah secara peribadi…bila aku Onkan h/p…bercurah2 pula ucapan dr rakan2 melalui sms…buat aku sedar yg aku tak keseorngan.pulang ke rumah pula,rakan serumah meraikan pula dgn sebiji kek dan ciuman.tapi yg sangat beerti buat ku pd kali ini…tentulah ucapan selamat hari jadi dr kedua-dua adik lelaki aku yg sebelum ini tidak pernah diucapkan kpd aku.kalau sebelum ini aku sering rasa sedih kerana adik2 aku seolah2 tidak ambil peduli tentang hari jadiku,tapi kali ini aku amat terharu.tidak lupa juga pd ibu yg sudah terlebih awal mengucapkan hari jadi kpdku.kepada semua yg menghargai aku…terima kasih…moga di murahkan rezeki hendaknya.
Seorg rakan mengatakan…tidak kiralah berapa banyak umur yg bertambah…yg penting kematangan fikiran dan perbuatan….dan aku berharap aku akan jadi semakin matang menanggani kehidupan yg bakal ditempuh.tidak guna asyik merungut tentang sesuatu.lapangkan fikiran itu…kalau difikir setiap permasaalahan itu satu masaalah…maka masaalah lah ia….
Aku tak berani ckp yg aku boleh merubah segala kelemahan dan kekurangan dgn sekelip mata…namun aku akan cuba secara perlahan2…semoga usia yg makin bertambah akan semakin mematangkan aku juga.