happy valentine
Happy Valentine to all…i wish for couple out there to have a very sweet n special valentine.
as for me….well…sama saja…still no valentine for me this year.dah nak masuk 30 tahun and i still belum dpt my valentine…dah nasib aku…
sebenarnya aku pernah ada lebih dr 10 perhubungan sebelum ini…tapi xada satupun melalui hari istimewa utk pasangan kekasih ini.hubungan aku semuanya begitu pendek jangka hayatnya.maknanya…aku xpernah mendapat mawar merah yg paling mahal harganya…hehehehhe
ops…ye…ada.pernah dpt 2 kali di hari valentine ni.tapi bukannya dr sang kekasih…tapi dr kawan2 yg kasihankan aku…huhuhu.satu dr kawan karibku,Nina n boyfriendnya yg loving(mereka belikan aku sejambak bunga mawar…mahal oo rose pd hari valentine ni)dan seorg stewardess yg dpt kiriman bunga dr kekasih hati walaupun dia berada di afrika selatan,dgn baik hatinya memberikan aku sekuntum dr sejambak bunga kiriman kekasihnya kpd aku sbb tahu aku sedang berduka pd waktu itu.(aku putus cinta 3 hari sebelum itu…what a day!)tulah aje bunga yg kau dpt sepanjang usia aku bakal mencecah 30 tahun tak lama lagi….
Yg lebih malang lagi sbb aku off pula hari ni.aku sgt2 berharap agar aku tidak berada di malaysia sekarang.lebih bagus kalau aku sedang bekerja di awan biru….melayan penumpang…at least aku taklah terasa sgt yg aku ni "kosong"..kawan2 pula asyik call n menghantar message valentine…lagilah "sodeh"!dan ada juga kenalan lelaki yg ajak aku keluar..tapi aku dah isytiharkan yg hari ini hari pantang utk aku.aku pantang keluar dgn lelaki yg bukan kekasih hati.kecuali dgn si laicy kawan baik aku tu lah…dia tu adik2…aku anggap dia perempuan…hehehhehe…so,tak termasuklah dlm pantang aku.jadi pada kawan2 lelaki aku…walaupun aku free hari ni…maaf…aku nak menyendiri.aku nak bercinta dgn diri aku sendiri.hari ni aku nak manjakan diri aku until maximun.aku nak ke spa…releks..manjakan diri…spoilkan diri n nak makan puas2…all by myself!
ada pula mitos dr org2 tak bertauliah mengenai aku…ada yg ckp aku terlalu memilih,aku cerewet,dan yg paling kelakar bila ada yg mengaku boleh"tengok"aku,katanya aku ada "penjaga",punca jodoh aku payah dapat.si ‘penjaga’ini katanya yg akan memilih jodoh utk aku,selagi"dia" xsuka pada pilihan itu,"dia" akan buatkan samaada aku atau pasangan aku "panas"..tulah puncanya aku tak boleh kekal lama dgn seseorg.lepas tu dia boleh cadangkan aku berjumpa seseorg utk buang "penjaga" ini,mandi bunga dan sebagainya….nak tergelak juga.ibu aku pula..suprisingly…cakap semua tu mengarut…cuma jodoh aku belum sampai..bukan pasal "penjaga" ke apa…hmm…sporting gak mak aku kali ni..kalau tidak dia juga yg selalu bising….
Walau pun aku pernah melalui pengalaman mistik…dan pernah juga percaya yg ada "sesuatu" bersama aku,tapi semakin dewasa aku percaya semua ini kerja Tuhan….buka benda lain.cuma jodoh aku belum sampai…betullah kata mak aku tu.tapi sebagai manusia…keinginan tetap ada..walau ada yg ckp berdosa sambut valentine,tapi bagi aku,kalau ada yg tersayang..apa salahnya meraikan…sama mcm hari ibu…hari bapa.bukanlah bermakna cuma hari2 tertentu sahaja kita raikan yg tersayang…cuma kita takkan raikan extra special kalau xdiwujudkan hari2 seperti ini…berapa ramai yg bagi hadiah…bawa ke tempat istimewa ..atau hantar kad ucapan hari2 pd yg tersayang?rasanya kalau xdiwujudkan hari2 seperti ini…ramai yg terlupa….jadi….sama ada ianya diwujudkan oleh org kafir ke tidak,bagi aku,niat tu penting…
Kali ini bukan nasib aku lagi utk mendapat hari valentine aku…xapalah…mana tau tahun depan pula…aku ada setahun lagi …mungkin….cuma mungkin….aku akan mendapat juga hari valentine itu satu hari nanti….
To all of u out there….kalau ada yg istimewa di hati…raikanlah!tunjukkan lah kasih sayang itu….kalian amat bernasib baik kerana ada yg mencintai…