Archive for February, 2008

rome

Monday, February 25th, 2008

    hi all…aku kat rome..kota penuh sejarah…aku mmg suka dgn tempat2 sejarah ni walau pun masa spm dulu sejarah just cukup2 makan aje…masaalah aku..aku tak suka pasal nak ingat2 tarikh ni..ala…apa2 yg bersabit dgn nombor ni mmg aku fail sikit…tulah pasal math aku kong terus…huhuhu….

    adapun aku suka tempat2 lama ni sbb aku kagum dgn seni bina n kepandaian org2 dulu…pheh…camner diaorg buat bandar yg maha besar dgn teknologi zaman dulu2 tu ye…cantik n tepat! kukuh lak tu.kalau tak..takkan sampai ari ni still dok berdiri lagi.kalau di tanya destinasi percutian yg ingin aku lawati…aku sgt2 teringin nak ke angkor watt,gunung2 kat tibet sana..kawasan pendalaman negara China yg cam dlm citer2 lawan dia tu…bandar maya kat maxico…pendek kata..bukan tempat2 modern!

    sepanjang aku kat rome ni,kesimpulan yg boleh aku buat ialah bosan! aku tak bosan tgok2 tempat bersejarah tu..tapi yg aku bosan bila kt hotel ni.kami tinggal lebih kurang 3 hari kat sini.satu hari aku dah kuar jln2…lagi dua hari aku dok nganga je kat hotel.tv dah la bosan..banyak channel tapi dok ckp dia aje…mana aku nak paham.nak kuar tepi2 hotel,xde apa2…tepi highway lah pulak.swimming pool lak kat luar…sejuk wooo…nak ke gym…hmm..berapa kali nak ke gym daa…kat crew room mmg la ada internet..tapi xde ym…xleh la aku nak borak dgn kawan2…yg bawak lap top sendiri ok la.yg xde lap top cam aku ni,terpaksa la pakai pc kat sini yg block sesetengah web site.contohnya ym…xleh nak down load.

    dah puas check mail…segala junk mail..aku dah tak tau nak buat apa2 lagi dah…tu yg dok merapu tulis blog ni.xde idea sebenarnya..just nak isi masa yg terlebih ada ni je.oh ya..ada pun satu yg best tentang hotel ni sbb katil n bantal dia mmg selesa sgt.pantang letak kepala mesti zzzzz…..dah 2 mlm berturut2 aku tidur melebihi 12 jam…senang sgt nak tidur.tapi bila bangunnya siap la….rasa cam zombi kg pisang…..badan lembab n kepala pening..huhuhu….

   esok aku dah balik.tak sabar rasanya.balik nanti aku terus ambil flight ke kota bharu.nak balik rumah nenek aku.lama dah aku tak balik sana..tulah satu2 nya nenek yg aku ada.mak ayah n adik aku dr penang pun akan balik sana.so meriahla juga…aku pun rindu pd kg yg benar2 kg tu….sawah padi….kebun2 buah n segala jenis bunga n pokok2 yg aku takkan jumpa kt bandar…tali air yg selalu terjumpa udang galah..huiii…best oooo….sgt tenang n nyaman..tapi satu la…bila mlm cam scary movie sikit.sbb rumah jenis jauh2 dr jiran2…gelap..banyak hutan…dgr segala bunyi hutan…seraaammmm juga..mmg takkan keluar punyalah.satu lagi pasal dok tepi sawah ni..nyamuk…ya ampun….kalau tak pasang ubat nyamuk..mau kering darah aku ni tau.badan berbintat kena gigit nyamuk ni mmg aku dah sedia maklum la…dan buat yg manja2 tu…kalau takut pacat,jgn cuba2 la masuk kawasan berumput.garenti dpt "tetamu" punya….nasib la aku membesar dulu pun kawasan sawah….pacat tu dah jadi teman baik aku(yg aku bunuh la…hehehehe)cuma…kalau lintah tu…sampai skrg la aku geli kalau dia naik ke kaki.rasa sejuk2 badan dia tu pastu saiz dia lak agak besar…weii…menjerit jugalah….

   hmm…nak buat apa hari ni ye…?xde idea..buat bodoh je la……

happy valentine

Wednesday, February 13th, 2008

Happy Valentine to all…i wish for couple out there to have a very sweet n special valentine.

  as for me….well…sama saja…still no valentine for me this year.dah nak masuk 30 tahun and i still belum dpt my valentine…dah nasib aku…

   sebenarnya aku pernah ada lebih dr 10 perhubungan sebelum ini…tapi xada satupun melalui hari istimewa utk pasangan kekasih ini.hubungan aku semuanya begitu pendek jangka hayatnya.maknanya…aku xpernah mendapat mawar merah yg paling mahal harganya…hehehehhe

    ops…ye…ada.pernah dpt 2 kali di hari valentine ni.tapi bukannya dr sang kekasih…tapi dr kawan2 yg kasihankan aku…huhuhu.satu dr kawan karibku,Nina n boyfriendnya yg loving(mereka belikan aku sejambak bunga mawar…mahal oo rose pd hari valentine ni)dan seorg stewardess yg dpt kiriman bunga dr kekasih hati walaupun dia berada di afrika selatan,dgn baik hatinya memberikan aku sekuntum dr sejambak bunga kiriman kekasihnya kpd aku sbb tahu aku sedang berduka pd waktu itu.(aku putus cinta 3 hari sebelum itu…what a day!)tulah aje bunga yg kau dpt sepanjang usia aku bakal mencecah 30 tahun tak lama lagi….

   Yg lebih malang lagi sbb aku off pula hari ni.aku sgt2 berharap agar aku tidak berada di malaysia sekarang.lebih bagus kalau aku sedang bekerja di awan biru….melayan penumpang…at least aku taklah terasa sgt yg aku ni "kosong"..kawan2 pula asyik call n menghantar message valentine…lagilah "sodeh"!dan ada juga kenalan lelaki yg ajak aku keluar..tapi aku dah isytiharkan yg hari ini hari pantang utk aku.aku pantang keluar dgn lelaki yg bukan kekasih hati.kecuali dgn si laicy kawan baik aku tu lah…dia tu adik2…aku anggap dia perempuan…hehehhehe…so,tak termasuklah dlm pantang aku.jadi pada kawan2 lelaki aku…walaupun aku free hari ni…maaf…aku nak menyendiri.aku nak bercinta dgn diri aku sendiri.hari ni aku nak manjakan diri aku until maximun.aku nak ke spa…releks..manjakan diri…spoilkan diri n nak makan puas2…all by myself!

   ada pula mitos dr org2 tak bertauliah mengenai aku…ada yg ckp aku terlalu memilih,aku cerewet,dan yg paling kelakar bila ada yg mengaku boleh"tengok"aku,katanya aku ada "penjaga",punca jodoh aku payah dapat.si ‘penjaga’ini katanya yg akan memilih jodoh utk aku,selagi"dia" xsuka pada pilihan itu,"dia" akan buatkan samaada aku atau pasangan aku "panas"..tulah puncanya aku tak boleh kekal lama dgn seseorg.lepas tu dia boleh cadangkan aku berjumpa seseorg utk buang "penjaga" ini,mandi bunga dan sebagainya….nak tergelak juga.ibu aku pula..suprisingly…cakap semua tu mengarut…cuma jodoh aku belum sampai..bukan pasal "penjaga" ke apa…hmm…sporting gak mak aku kali ni..kalau tidak dia juga yg selalu bising….

   Walau pun aku pernah melalui pengalaman mistik…dan pernah juga percaya yg ada "sesuatu" bersama aku,tapi semakin dewasa aku percaya semua ini kerja Tuhan….buka benda lain.cuma jodoh aku belum sampai…betullah kata mak aku tu.tapi sebagai manusia…keinginan tetap ada..walau ada yg ckp berdosa sambut valentine,tapi bagi aku,kalau ada yg tersayang..apa salahnya meraikan…sama mcm hari ibu…hari bapa.bukanlah bermakna cuma hari2 tertentu sahaja kita raikan yg tersayang…cuma kita takkan raikan extra special kalau xdiwujudkan hari2 seperti ini…berapa ramai yg bagi hadiah…bawa ke tempat istimewa ..atau hantar kad ucapan hari2 pd yg tersayang?rasanya kalau xdiwujudkan hari2 seperti ini…ramai yg terlupa….jadi….sama ada ianya diwujudkan oleh org kafir ke tidak,bagi aku,niat tu penting…

   Kali ini bukan nasib aku lagi utk mendapat hari valentine aku…xapalah…mana tau tahun depan pula…aku ada setahun lagi …mungkin….cuma mungkin….aku akan mendapat juga hari valentine itu satu hari nanti….

   To all of u out there….kalau ada yg istimewa di hati…raikanlah!tunjukkan lah kasih sayang itu….kalian amat bernasib baik kerana ada yg mencintai…