on board-kesian pax…

    Ni ada citer sedih…sob…sob…sob…aku rasa sgt sedih pasal ni…sedih aku sepanjang 12jam perjalanan dr paris ke kuala lumpur.apa yg sedih sgt tu…ni nak citer…

  Masa aku dlm perjalanan balik dr paris,aku sekali lagi bertugas di posisi BG2 dlm pesawat B777.selalunya itu posisi lelaki sbb kena kerja kt bahagian dapur(galley).bagi org luar yg tak paham…kerja kat galley bermakna kena panaskan makanan,handle segala peralatan service….kena angkat itu ini…berat tu…sakit gak la badan…jadi tulah sbbnnya perempuan mmg jarang sekali kena position ni…

  Tapi oleh sbb IFS(inflight supervisor) dah tersalah bagi working position masa ke paris ari tu,aku xkisahlah nak kerja galley lagi…mmg lah penat tapi xpayah nak berdepan dgn passenger sgt…kira selamat la sikit dr nak kena komplen kan….lagi pun aku mmg suka kerja galley ni..xtau kenapa.

  Aku mmg bersemangat bekerja hari tu sbb masa ke paris hari tu IFS dah puji aku melambung…katanya aku kerja lebih cekap dr sesetengah steward kt position tu.kembang lah aku..xtau lah dia ikhlas puji aku atau sbb dia nak cover rasa bersalah terbagi aku position tu.tak kisahlah..yg penting aku happy n bersemangat.

  Pasal rasa diri terer sgt…aku buat semuanya nak cepat..nak mengatasi sorang lagi steward di bahagian BG1.kiranya nak mengesahkan apa yg IFS ckp tu mmg layak aku terima.pasal nak cepat juga aku dgn penuh confident nya tanpa memeriksa check list makanan telah menyediakan pencuci mulut(dessert) dgn sejenis kuah(dressing)

  Nama dessert tu "coklat tiramisu creme brulle".mmg cantik n menarik sekali rupanya..nyum..nyum…pastu ada pulak dlm paket2 kecil sejenis dressing berdekatan kek tu.aku dgn yakin menyiram kek comel itu dgn kuah yg ada itu tanpa memeriksa lagi nama kuah tu.

  Mmg betul..aku paling pantas…Cs(chief) aku pula mmg percayakan aku,dia pun hidangkan lah kek itu kepada penumpang(kelas business).tapi lepas tu dia dtg kt aku…"milla…kenapa kek u aje yg ada kuah ye?coz BG1 ckp dia xdiberi kuah utk kek?"  aku pula dgn confident menyalahkan BG1 sbb xcheck dulu yg kek itu sepatutnya dihidangkan bersama kuah…malang steward aku si BG1…dia juga disalahkan.

  Tapi kemudiannya Cs aku dtg lagi…kali ni dia rasa xsedap hati…katanya kek tu nampak berminyak satu mcm…dia suruh aku check balik nama kuah(sos dressing) tu.aku pun ambil check list dan check namanya….

   Tudiiaaaa….nak pitam rasanya….nama dressing tu ialah "balsamic venegrate"…sos yg org gunakan utk makan pembuka selera seperti salad …..patutlah berminyak satu mcm.aku dah panic…nasib baik cuma 2 org passenger sahaja yg ‘termakan" kek berkuah cuka tu….dan nasib baik juga BG1 yg aku sa;lahkan tadi tak ikut ckp aku…keknya masih ’suci".dan yg paling aku lega,tak semua penumpang makan dessert…maka cukuplak kek yg masih elok.

  Aku n Cs cuba rasa kek yg dah "ternoda" itu…manalah tau kut ok jugak ke rasanya…tapi bila masuk satu sudu aje kami berdua dah.."uwweeekkkk"..mmg meloyakan tekak.naik pening kepala aku menelan sesudu kek manis bercampur cuka…yg hairannya 2 org passenger malang yg dah termakan ‘kesilapan’aku tu xpulak komplen apa2…malah dimakannya kek itu sampai habis….licin!

  Walaupun xde komplen dr mereka berdua(sebenarnya sampai ke sudah mereka tak tahu kek yg mereka makan tu xsepatutnya rasa begitu) tapi aku rasa amat2 bersalah terhadap mereka berdua.sbbnya mereka berdua adalah penumpang yg baik….sentiasa tersenyum..merendah diri….sorang berbangsa perancis(handsome oo dia tu) dan sorang pula org melayu.baik sgt…xde kerenah langsung…tu yg buat aku rasa kesian dan bersalah sgt.

   Aku mmg mahu memohon maaf kpd mereka..tapi atas nasihat Cs aku,baik di diam kan sahaja selagi tiada komplen dr mereka.bukan mahu menipu,tapi aku tahu Cs aku tu nak selamatkan aku dr dpt komplen.dia sendiri pun tak report perkara tu kpd Ifs aku.kalau tidak, naya aku.perkara ini hanya di ketahui oleh 4 org yg bekerja di business class sahaja.

   Aku lega aku terlepas dr masaalah..tapi aku rasa bersalah dan xseronok mengenangkan 2 org passenger aku tu…rasa kasihan sgt.takut pula ianya akan memudaratkan kesihatan mereka…tapi xpula nampak tanda2 mereka diserang sakit akibat termakan kek bercuka tu.kepada 2 org passenger aku tu…walaupun xakan baca blog aku ni….aku nak minta maaf sgt2….kalau tersakit perut balik rumah nanti….maafkan aku ye…aku tak bermaksud nak ‘meracun’perut korang.

   Sekali lagi aku mendapat pujian melambung di akhir penerbangan dr Ifs…kali ini Cs aku juga memuji2 aku..katanya aku mmg sgt cekap membuat kerja…aku cuma tersenyum paksa…..

   Kalau hari tu hidung aku kembang berbunga-bunga kena puji,kali ini aku rasa aku tak patut terima pujian itu…kepada Cs aku yg baik hati..terima kasih kerana ‘cover’ utk aku..kpd Bg1 aku…aku minta maaf kerana pandang rendah kat engkau…..

   Padan muka aku!

One Response to “on board-kesian pax…”

  1. Andi Says:

    Hahaha, kek cuka? Aper la agaknya rasa brulee ngan cuka?

Leave a Reply