muhibah…
Friday, December 14th, 2007Aku berada di Stockholm hari ni.sudah 2 tahun aku tidak ke sini.kami baru tiba sejak tgh hari kelmarin.(sebenarnya kalau time kt malaysia dah mlm.)penat sgt bila tiba ke bilik masing2..ialah..sudah lebih 12 jam perjalanan.ajakan teman utk lepak sekejap di crew room terpaksa di tolak.
Set aku mmg best…multi racial..belbagai kaum.aku bekerja di kelas ekonomi…leading aku berbangsa india,stewardess aku pula berbangsa cina.kami bekerja dgn penuh ceria.
Hari ini pula…kami semua turun breakfast sama2..bersama crew2 yg lain juga…meriah sgt….semuanya riang ria.lepas breakfast kami sama2 lepak kt crew room pula…berbual…tengok tv sama2…bergelak ketawa.selepas itu,walaupun dlm cuaca sejuk menusuk tulang,kami keluar pula jln2 di kawasan tasek di belakang hotel.
Kalau diikutkan…hanya 2 org sahaja berbangsa melayu dlm geng kami kali ini.hanya aku bersama seorg lagi stewardess..yg lain pula lain2 bangsa…ada cina,india,yg mix pun ada…tapi kami langsung tak rasa berbeza apa2….makan bersama,lepak bersama..ketawa bersama…seronok sekali.bahkan aku rasa amat mesra dgn mereka semua tanpa sepadan…..
Perjalanan trip ini masih panjang lagi.tapi aku sudah semakin sayang kpd mereka.sudah rasa seperti saudara sendiri.teringat2 si julian yg sibuk2 sediakan makanan utk kami…berkali2 dia ckp kpd aku…"makanan aku bawak ni halal tau…jgn risau…"dan aku percaya kpdnya.seronok aku lihat si elly yg sampai menghirup2 kuah budu..pertama kali dia rasa makanan dr kelantan tu…suka pula dia.si pheik chooi dan jaqualine xpuas makan kalau xde cili..si adrian pula mulanya malu2 nak makan banyak kononya nak diet..tapi akhirnya bertambah juga makan…aku dan mazura….hmmm….tukang perabis lauk.
Adrian si pilot…hobinya menangkap gambar…semasa kami semua berjalan2 di tasek tadi,dia suka sangat mengambil gambar.bila di lihat kembali gambar2 itu..mmg terpancar keriangan dan keakrapan kami semua.
Apa yg ingin aku katakan…adalah sayang sekali jika masih ada yg suka mengamalkan sikap perkauman sesama rakyat malaysia..kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka namun sikap perkauman masih ada dlm sesetengah org….sesuatu yg amat menyedihkan….
Alangkah bagusnya jika semua org dpt bersikap seperti kami di sini…sama2 selasa bergurau senda,makan bersama..tidak timbul lagi soal perbezaan apa2 antara kami.kalau ada harapan dr aku….biarlah kami semua dpt hidup aman damai tanpa ada sesiapa memburukkan kepercayaan atau cara hidup masing2…kita rakyat malaysia…kita hanya ada satu bangsa….bangsa malaysia…tidak melayu,cina,india, atau lain2…..
i love Malaysia.