CERITA HANTU

March 18th, 2009 by armilla78

    Hi…aku kt melbourne skrg.rutin kerja la…ni kir adpt lama sikit by hours ,normally singkat sgt dpt stay sini.jadi,mlm ni xpayah la aku nak paksa diri tidur awal utk bertugas semula pagi esok.kami akan berangkat pulang esok mlm.

   Tadi pagi,dlm kemerengan sbb mengantuk baru tiba dr KL,crew2 aku bersemangat pula dok bercerita pasal hantu.siapa yg dulu bukak cerita xtau la…dah la aku ni kira dlm kategory penakut jugak..ada pulak yg nak buat aku seram.tak dinafikan,setelah sekian lama menyepi kejap kisah2 JU-ON ni,tiba2 kami semua dimomokkan semula dgn cerita2 yg kureng best ni.

   Kalau yg tak tau,kami semua anak2 kapal yg senantiasa bermalam di hotel2 di seluruh dunia,takkan terkecuali mengalami atau sekurang2nya mendegar kisah di usik hantu.maka apabila kami ditugaskan ke sana,ada yg samapi terpaksa berkongsi bilik sbb takut nak tidur sorang2.cuma aku ni,dlm penakut2 tu pun,aku sgt2 jarang benarkan org lain berkongsi bilik dgnku.xselesalah!kecualilah dgn org2 yg betul2 aku kenali n rapat.

  Berbalik kpd cerita hantu ni tadi,sekarang ni kisah hantu di hotel Taipei  mula panas kembali.mmg sejak dulu lagi hotel disitu sgt terkenal dgn cerita hantunya.dgr kata tapak hotel tu dulu adalah hospital.so far,pengalaman paling menakutkan aku di hotel tu cumalah bunyi ketukan di dinding(mungkin tikus,atau ada crew yg nak mengusik)dan terasa meremang buku roma.alhamdulillah…xde yg lebih menakutkan dr itu.

   Skrg ni hotel baru yg tgh panas dgn cerita hantu ialah hotel di Narita.hotel tu hotel yg baru kami pindah lebih kurang 2 tahun lalu.kisah satu keluarga hantu terdiri drpd seorg ibu,ayah dan anak lelakinya yg berusia dlm lingkungan 8 tahun,selalu “melawat” penghuni bilik2 tertentu.sudah tersebar bebrapa number bilik yg ‘berantu” dikalangan kami.pihak hotel sendiri dah xmahu lagi berikan bilik2 yg tersenarai itu kpd kami kerana nescaya kami akan minta tukar ke bilik yg lain.

    Ceritanya,satu family ini tinggal menyewa agak lama di hotel itu.si bapa menghadapi masaalah kewangan yg teruk,lantas membunuh anak isteri dan diri sendiri.samapai skrg mereka terus tinggal di situ tanpa perlu bayar bil hotel lagi…waahhh..

  Malangnya si anak tu punyalah nakal.dia suka bermain2 dibilik2 tertentu…melompat di atas katil,berlari2.nak ajak ‘kawan” baru bermain bersama agaknya.malangnya tiada siapa pun yg berani utk join sama kerana setiap kali terlihatkan kelibat dia yg dah tentu xcomel mana,semuanya pasti akan histeria atau pengsan di buatnya.yg bestnya,ibu bapa si budak tadi siap dgn rasa bertanggungjawab akan dtg meminta maaf di atas kenakalan anaknya bermain di bilik anda.kalau nasib baik,boleh la sempat berlari dlm keadaan histeria.kalau terus pengsan tak bangun2 terus,macammana?

       Itu sebahagian dr cerita yg di bualkan kini.kalau tanya pengalaman aku sendiri di hotel2 ni,alhamdulillah…xde lah lagi di tahap extreme sampai pengsan..paling kuat yg aku kena lebih kurang 5 tahun lalu di hotel balailaka,Johanesberg.

    Aku dpt bilik di tingkat paling bawah sekali,yg kalau buka sliding door dia,cuma nampak tembok yg tinggi.aku masih ingt lagi,waktu tu masih awal pagi,aku baru nak buka mata.aku masih nak teruskan tidur,cuma ingin mengalih kedudukan di katil.ketika mahu berpusing dr kiri ke kanan,ketika baru dlm kedudukan terlentang,mataku yg cuma terbuka sedikit menangkap satu kelibat sedang lalu di hujung kakiku.terkejut dan tergaman,maka aku terus terhenti dlm keadaan terlentang.aku terus pejamkan mata dlm ketakutan.aku terus kaku dlm keadaan itu.

    Mulanya aku terfikir mungkin ada org sudah ceroboh bilik aku mengenangkan bilik aku berada di tingkat paling bawah.aku begitu cemas,takut aku di apa2kan.malangnya aku ini,kalau aku sgt takut,aku akan membatu,bukannya berlari atau menjerit.dlm keadaan berpura2 tidur itu,aku dpt rasakan “dia” naik ke katil di sebelah kananku.

   Punyalah takut tuhan saja yg tahu.dada berombak kencang,peluh2 sejuk dah macam air paip keluar.segala doa hilang entah ke mana,dah tak inagt lagi nak di baca.dlm hati aku asyik mengira 1..2..3……1..2..3…kononya nak pecut lari lepas kira tu…tapi 1..2…3..tu asyik aku ulang kira tanpa dpt juga aku bangun dan terus berlari…terlalu takut!

    Kemudian aku dpt pula rasa nafasnya di telinga….adooii…habislah aku…matilah kali ni…dah nak kejung dah rasanya.semuanya rasa blank…xdpt nak fikir dah…berserah saja…geram juga sbb jadi kaku mcm tu…aku dah rasa mcm xde roh lagi dah dlm badan ni.dan ‘dia’pula seolah2 tahu yg aku tahu kewujudannya dia situ.tak semena2 aku dapat rasa tangannya memaut bahuku,memeluk aku.sejuk sgt aku rasakan tangannya itu…peliknya,tangan itu dirasakan seolah terawang awang…antara ada dan tidak.kali ini aku begitu yakin…’dia’bukan manusia.

    Anehnya,tiba2 rasa takut tadi terus beransur hilang.rasa gemuruh tadi terus tiada,yg wujud pula adalah rasa satu ketenangan.aku tak tahu siapa “dia” atau bagaimana rupanya,namun “dia” seolah2 mententeramkan aku yg ketakutan seolah -olah berkata “jgn takut…aku takkan mengapa-apakan kau…” dlm tak sedar…aku terus terlena bagaikan dibelai dgn kasih sayang.

     Bila aku tersedar,aku dpt mengingati setiap detik tadi.dan aku yakin aku bukannya bermimpi.aku terjaga masih dlm keadaan berbaring.ramai juga yg pertikaikan..mungkin aku cuma bermimpi..org kata umpama mimpi dlm mimpi…mimpi yg rasa sgt benar.

   Entah la…tak tahulah pula…kalu cuma mimpi,mimpilah ia…tapi kalau ianya mmg benar,aku tak kisah kalau “dia”dtg lagi…senang sikit nak tidur sbb ada yg tolong belaikan..heheheh.cuma aku harap,jgn la rupa dia buat aku pitam sebulan.kalau handsome,ok lah jugak…hahahahah

    Hiss..boleh di buat main pula kan…sebetulnya,kalau cantik atau handsome mana pun…jgn la….aku xnak lah alami lagi.kalau dah tau bukan manusia tu,aku xnak jumpa lagi.lain kali xtau pula apa akan jadi kat aku.nasib baik la xjadi apa2.aku ni lemah semangat pun boleh tahan.buatnya aku jadi mereng macam Deris gila kat kg aku tu….kata org dia pun dulu jadi gila sbb jadi kawan makluk2 inilah…last2 terus masuk dunia mereka…masuk separuh2…tu yg dok nampak dia ckp sorang2 tu…tubuh badan dia di alam nyata,mata dan hatinay di alam lain…mcmmana tu…haruu…

     Banyak lagi kisah2 hantu ni…nak percaya atau tidak,itu terpulang la…tapi aku sendiri mmg percaya.aku percaya sbb aku mengalaminya.seing is believing.

   ok..setakat ini saja cerita aku.ada cerita lagi nanti aku kongsi.dah lewat mlm di dlm crew room ni.xde org pulak tu…weiii…seram gak …

I GIVE UP!

February 19th, 2009 by armilla78

  Hi again….kpd yg tertanya-tanya apa yg berlaku pd cinta maggie mee aku tempohari…well….like always….fail!

    Aku mmg tahu perhubungan itu terjadi terlalu pantas…bukan dr pihak aku,tapi dia yg tak sabar2 nak declare aku sebagai kekasih,walaupun baru pertama kali bertemu.tapi tak boleh la nak salahkan dia 100%..yg aku pun terima juga tu apa ke halnya!?akibatnya…pantas jugalah ianya berlalu…

    Keputusan untuk berundur diri adalah keputusan aku.aku xdpt nak ‘kejar’ semangat “over exited” nya yg terlampau.dia bukan tak baik…malah nak tunjuk terlalu baik…malangnya dlm dia tak sedar,dia seolah-olah ”memaksa” aku utk menyintainya.sudah aku ingatkan berkali-kali kpdnya,releks la…kenal2 dulu…jgn terburu2…baru keluar dating  sekali,dia dah anggap aku sudah jadi miliknya.tak dapat dielakkan lagi…aku jadi lemas dan rimas!

    Aku tahu dia sgt2 sukakan aku…aku hargai keikhlasan dia,malah aku cuba terima dia.namun sikapnya yg tak boleh nak bersabar mahu aku jatuh cinta sepertinya telah membantutkan perasaan yg cuba aku nyalakan.dlm hal perasaan ini,mana boleh ada paksaan.katanya,kalau mahu perhubungan itu berjaya,mestilah di tunjukkan perasaan itu…ialah….kalau ada perasaan cinta,tak payah di suruh..mmg secara semulajadi akan di tunjukkan…tapi kalau perasaan belum ada…nak tunjuk macammana?

   Maka,terjadilah sekali lagi kisah yg sama…aku terpaksa mengundur diri…dah tak tahan sbb rasa bagai dipaksa…rasa dah xdpt nak berlakon kononya aku juga menyintainya.aku kasihankan dia yg beriya-iya sgt dlm perhubungan ini…sedangkan aku tidak sampai ke tahap itu lagi.sedih juga lihat dia mengalirkan air mata bila aku berterus terang tentang hal ini…tapi nak buat macammana…dia sendiri pun bertegas dgn caranya.

    Sebenarnya,bukan aku tak mahu perhubungan ini berjaya.alangkah baiknya kalau dpt menyintai org yg amat sukakan kita.percayalah…aku dah cuba,malah sudah 2 kali aku minta dia “slow down” dgn semanagt ‘over exited’ dia tu.tetapi malangnya dia tetap rasa caranya itu betul.dia percaya kalau dah suka,tunjukkan saja…mesti all out 100%.tapi dia lupa..tak semestinya aku juga berperasaan sepertinya pd waktu itu.mana mungkin baru kenal xsampai 2 minggu aku boleh 100% menyukainya? tahap perasaan aku dgn dia xsama.aku minta dia bersabar..biar aku pupuk perasaan aku perlahan2…tapi dia tak sabar…mahu aku jadi sepertinya sekarang juga.habis bagaimana?aku rasa tertekan!

   Maka hari ini aku kembali single…ahh…aku dah biasa…mujurlah hubungan itu tak lama.jadi kesannya tak lah ketara.cuma aku kesian juga kpdnya yg beriya-iya itu.tapi maaflah….dia sendiri yg xboleh bersabar…aku rasa keputusan aku ini betul.aku tak nayakan sesiapa.

   Dan kali ini juga aku ambil keputusan yg aku dah malas nak bercinta lagi…aku dah give up! at least,buat masa skrg ni,aku xmahu ada apa2 perhubungan dgn sesiapa.aku nak releks…ada banyak lagi perkara yg perlu aku fikirkan.tahun ini adalah tahun utk aku hidup single.aku xmahu pening2 kepala lagi.letih!

   Tapi jgn lah anggap aku putus harapan terus.aku sekadar malas nak fikir.apa yg aku nak fikirkan skrg ni ialah bagaimana cara nak teruskan keidupan ini andai kata aku tak akan bertemu seorg lelaki sebagai suami buat selamanya? aku kena lah sediakan diri utk kemungkinan itu.

   Kepada yg sedang berbahagia dgn kekasih masing2…congratulation…kepada yg agak kurang bernasib baik macam aku ni…jgn di fikirkan sgt nasib diri.adalah sbbnya tu…dan kepada yg lain2..jgn pula memandang serong kepada org2 seperti kami…siapa yg nak hidup seorg diri ye tak?

puasa in dubai

September 18th, 2008 by armilla78

  Trip ke Dubai bermula dr 13hb hinggalah 20hb nanti.seminggu jugak lah aku xde kat malaysia.kami bertolak mlm..jadi sepanjang perjalanan tak payah puasa..kira senang lah kerja.sbb bertolak tgh mlm…penumpang pun tidur aje.tak penuh lah pulak penumpang kali ini.aku bertugas di kelas business,ada 12 org aje..tu pun cuma dlm 5 org je yg makan pun..yg lain tak nak di gangu.lena aje sepanjang perjalanan.

     Perjalan mengambil masa lebih kurang 7jam.bila tiba di dubai,kami masih dlm gelap..sebabnya beza waktu 4 jam.aku bersahur sebelum bagi penumpang makan breakfast.sbb malas nak rushing makan sebelum landing.kang banyak kerja nak kena buat sebelum mendarat.seksa betul nak makan waktu mlm ni…mungkin sbb mengantuk kot…aku telan aje nasi berlauk ikan masak masam manis yg telah disediakan dlm penerbangan.tu pun aku byk ratah lauk…nasi tu aku makan sikit aje.

    Seksanya buat penerbangan kurang 10 jam ni sbb kami tak mendapat waktu rehat.kena berjaga sepanjang masa.itu dah undang2nya.masaalahnya penumpang semua syok lena,kami pula kena jadi burung hantu.nak berborak pun kena kawal suara..kang bising,penumpang complain.tapi kadang2 ada juga inflight supervisor yg bermurah hati melanggar peraturan…bagi kami waktu utk rehat atau tidur..mungkin sorang sejam..pun jadilah.tapi ramai juga yg takut nak berbuat begitu.takut ada pula yg buat report…nanti inflight supervisor jugak yg kena.mcm penerbangan aku kali ni…ifs(inflght supervisor) tak berani nak bagi kami rest..jadi kena lah berjaga.

      Tapi crew ni tetap cari jln nak lelapkan mata.kalau dah tak tahan sgt..ada juga yg masuk dlm tandas…pejam mata 5-10minit.suruh la lagi sorang tolong jaga.terpaksa curi  tidur dlm toilet…kesian betul..aku pun pernah buat mcm tu kalau dah tak tahan sgt.tapi kali ini aku habiskan masa dgn berbual dgn crew yg lain…gossip apa yg patut(hahahah)..tak pun aku dok menyonteng menu card..lukis kartun…buat sajak…last2 menu card aku tu dah lemau jadinya…penuh dgn contengan.

   Nasib baik la Cs(chief steward) aku tu ok dgn aku.dia tak marah bila tgok aku dok conteng menu card.walhal dgr kata Cs aku ni jenis cerewet juga orgnya.mungkin dia pun paham tahap keboringan aku.drpd aku dok tidur dlm toilet..baik aku menconteng aje.dia pun siap puji lagi kata kartun yg aku lukis tu kelakar.dia tak tahu yg muka kartun kelakar tu sebenarnya aku lukis muka dia..hahahahahh

    Kami mendarat di Dubai seawal jam 3 pagi waktu Dubai.mmg masih ada masa lagi kalau nak sahur pun.tapi aku cuma minum air aje…sebanyak yg mungkin.akibatnya…aku asyik nak terkencing aje dlm perjalanan ke hotel.jenuh gak la tahan kencing.nasib baik la perjalanan dr airport ke hotel cuma dlm 20minit aje.waktu imsak di sini jam 4.30pagi.

   walaupun waktu gelap,di awal pagi,tapi cuacanya tetap panas.kami tiba dlm suhu melebihi 30′C.dgr kata waktu siangnya boleh mencapai 50″C.Ayooo…boleh legam kulit wooo..

   Bila dpt kunci bilik masing2 aku terus cabut.ada juga yg masih rajin nak check internet kt crew room.ada yg gila politik sibuk nak tau perkembangan terbaru kisah politik di malaysia.aku ni bukan saja sbb mengantuk,tapi nak terkucil yg dah tak boleh nak tahan2 lagi.masuk aje dlm bilk…itu perkara pertama yg aku lakukan.

    Tahap mengantuk yg nazak buat aku dah tak larat nak mandi lagi dah.bilik punya lah sejuk nak mampos..kuatnya aircond.aku off terus.aku cuma cuci make-up,cuci muka,lap badan..terus ZZZZZZ….Mmg tidur dlm tak berapa bersih la….tapi aku tak lah selalu amalkan perangai mcm ni tau…cuma special kes cam ni je…bila dah tak tertahan sgt mengantuknya.dlm selimut tebal tu pun aku masih terasa kesejukan aircond yg baru aku tutup..menggigil-gigil…..

     Aku terjaga dr tidur pun sbb dikejutkan oleh bunyi deringan telafon.Ifs aku call rupanya.dia tanya nak berbuka bersama tak?aku tgok jam..tudiaa…dah hampir pukul 5 ptg!maknanya aku dah tidur hampir 12jam.terus aku bangun…call crew yg lain(yg muslim sahaja) berpakat utk berbuka puasa bersama-sama.oleh sbb hotel ini jenis hotel apartment,jadi most of the room ada dapur.sayangnya bilik aku tak ada dapur pulak.semua berpakat nak gunakan bilik ifs utk di jadikan tempat berbuka.

   Lepas mandi,pukul 6 ptg,aku ke bilik ifs.aku ada bawa nasi goreng dr rumah.jadi aku panaskan di bilik ifs utk makan sama2.crew2 yg lain juga pakat bawa bekal  masing2.yg tak puasa pun join sama.share sikit sorang jadi banyak juga makanan berbuka kami pd hari itu.mmg best la…waktu berbuka..6.20pm(kt malaysia dah 10.20mlm)

    Lepas berbuka semua pakat bergegas pula bersiap utk keluar sbb hotel hanya sediakan shuttle pukul 7.30mlm ke pekan(Daira Tower)kalau penuh tempat duduk shuttle tu mmg tak dapat la ke sana kecuali kalau nak naik teksi sendirilah.tapi aku tak beranilah nak ambil teksi kat sini..selain dr tambang yg mahal,aku pun tak percaya dgn org arab ni….tgok perempuan macam nak telan! 

    Perjalanan ke daira tower mengambil masa lebih kurang 45 minit.walaupun hari dah mlm tapi bahang panas tetap terasa.belum apa2 lagi aku dah mula berpeluh.aku bersama 3-4 org crew aku mula menuju ke sebuah kedai kain yg mmg cukup mengenali kami.milik org bangladesh sebenarnya..semua boleh ckp melayu.Crew aku yg lain tu sibuk membelek kain,ada yg nak tempah baju atau seluar.mereka boleh menjahit baju kurung,kebaya,baju melayu..dan segala jenis pakaian lagi.cepat juga mereka boleh siapkan.ada yg boleh disiapkan keesokan harinya juga.aku pun pernah tempah baju kat sini dulu…ok juga buatannya..cuma mahal sikit la dr kg aku.tapi kalau harga kl mmg tak mahallah…tak sampai rm100 upah jahit.di kedai ini juga kita boleh melihat org2 malaysia yg lain.mmg kedai ini amat popular dikalangan org malaysia.singapura dan brunei.mungkin sbb mereka sudah terlalu biasa dgn kami dan fasih berbahasa melayu.

     Sedang crew aku asyik memilih dan bertawar harga dgn pekedai,aku pulak dok asyik memunggah kotak kain2 lebih yg di jual dgn harga murah.kain2 ini adalah kain2 yg tak cukup utk di buat sepasang baju.hanya cukup utk di buat baju atas atau kain sahaja.hanya dlm semeter -2meter aje.kainnya pula ada pelbagai jenis…semua sama harga..cuma 10 dirham saja(lebih kurang rm10 la..) jadi kena lah pandai2 pilih..kalau pandai…boleh dpt jenis kain yg mahal.

   Kain2 lebih ni mak aku yg minta belikan.sbb aku pernah bawa balik kain yg sgt berkualiti dgn harga rm10 sahaja.cukup utk di buat baju..cuma kainnya kenalah beli kain yg lain pula.sbb kain tak cukup.aku pun suka beli kain2 ni.kalau org beli kain2 ni dlm berpuluh2 rm semeter…aku boleh dpt rm 10 utk 2 meter.bukan kah untung tu….kali ini aku beli 5 helai,utk adik2 ipar aku juga…

   Aku cuma tukar duit belanja rm100 sahaja utk trip ini.mmg tak plan nak beli apa2 sgt pun…tapi dah terjebak dgn kain 5 helai..dah rm50 habis…tinggal rm50 lagi.dr kedai kain kami ke kedai make up pula.salah sorang crew nak beli make up yg org kirim kepadanya.sekali lagi terjebak sbb satu set eye shadow yg mempunyai 75 warna hanya berharga rm20!!  tak ke gila jadinya.hampir kesemua kami terjebak membelinya.kata crew aku yg pernah menggunakan eye shadow ni,kualitinya juga agak baik sbb kawan dia gunakan eye shadow ini utk menyolek pengantin.maka…tinggalah duit aku rm30 aje…

    Dr situ,kami temankan pula crew yg nak beli jubah.ada yg nak buat umrah lepas ni,jadi dia nak belikan jubah utk keluarganya.malangnya jubah2 yg agak baik agak mahal harganya..puas juga kami mencari sana-sini.aku ckp kpdnya..jgn beli byk2 sbb di Mekah nanti ada byk jubah yg murah2 dan cantik..tak percaya tanyalah aku sendiri…balik dr umrah hari tu..aku beli 5 pasang jubah utk aku sendiri aje..tu belum utk org lain lagi…

    Dah dpt jubah,kami dah kesuntukan masa sbb shuttle balik ke hotel akan dtg pukul 10.45mlm.berlari pula ke restoran nasi biryani sbb ifs minta aku tolong tapaukan nasi biryani utk dia bersahur.nasib baikla cepat siap.dr situ aku cepat2 pula tapau shawarma ayam utk aku bersahur nanti.mak ooii…dah naik harga.dulu baru 2 dirham..sekarang dah 4 dirham.dr situ kami semua sempat sampai ke tempat tunggu shuttle.org punya lah ramai.rata2 adalah crew dr pelbagai airlines yg tinggal di hotel yg sama.dlm sedikit masa utk menunggu tu pun aku sempat lag beli ais cream kat Mc Donal…sedap betul makan ais cream waktu panas cam ni…

    Bila shuttle tiba aje semua dah serbu..dah lah kecil aje bas tu..lebih kecil dr bas mini wilayah..ramai pula org.nasib baik la aku ni mmg pakar dlm bab selit menyelit…bab berebut naik bas ni mmg jadi kepakaran aku sejak sekolah dulu lagi…heheeee….jadi berjaya juga aku mendapat tempat duduk.mmg sudah diduga..tak akan muat punya…ndak tak ndak terpaksalah pihak hotel memanggil bas lain utk dtg ambil baki penumpang yg lain.sebab kami semua adalah tetamu hotel..bukan penumpang biasa.

   Aku tiba di hotel pd pukul 11.30mlm.letih betul…badan melekik akibat berpeluh.mmg xselasa langsung.aku terus ke bilik ifs hantar nasi biryani.lepas tu terus blk bilik…mandi!..ingatkan nak bangun sahur makan shwarma yg aku beli tadi.tapi baunya yg sedap buat aku dah tak sabar lagi.aku makan waktu itu juga.layan tv sekejap.aku terus tidur sampailah keesokkan harinya.

     Aku terjaga dlm pukul 10pagi.tak tau nak buat apa sepanjang hari ni,aku turun ke crewroom.tak ramai yg guna internet,aku sambar satu.aku habiskan masa dgn menulis blog,chatting dgn kawan2 atau baca e-mail.lama juga aku habiskan masa di situ.dah kembang biji mata..aku naik bilik semula..layan tv atau baca surat khabar.bosan dgn itu semua..aku tertidur.pukul 5ptg..ada crew yg call pasal nak berbuka nanti.aku keluar dgn 2-3 crew ke hypermarket dekat hotel(mcm hypermarker giant) nak beli bahan makanan utk berbuka nanti.jauh juga bila berjalan kaki.panas pulak tu.dah janji dgn ifs nak ke bilik dia pukul 6ptg.tapi hampir nak azan kami ber-4 masih lagi kat sini.ni semua gara2 sorang crew yg asyik membeli sampai dah tak perasan waktu yg berlalu.

    Kami melangkah dgn selaju mungkin.tapi azan tetap berkumandang semasa dlm perjalanan.kami berbuka dgn kurma dulu.termengah-mengah bila sampai bilik ifs.dia dgn 2-3 crew yg lain dah bising2 sbb kami ber-4 hilang entah ke mana.nasi dah sedia terhidang sbb mereka masakkan kari ikan sardin sementara menunggu kami yg hilang ni.ramai2 kami berbuka.

   Selepas berbuka kami pakat balik bilik masing2(solat n sebagainya) kemudian terpaksa tidur awal sbb jam 2 pagi nanti kami semua kena bangun utk buat shuttle flight ke beirut pula.katil yg selesa menyebabkan aku tak ada masaalah utk terlena..(mungkin juga sbb perut yg kenyang kot…)tapi baru sebentar saja aku tertidur..aku dikejutkan oleh bunyi telefon.rupa2 housemate aku si mariam baru tiba dr malaysia.dia pun ada flight ke dubai rupanya.mmg dia ada bagitau dia akan terbang ke dubai bulan ni tapi sbb lama tak bertembung dgn dia kat rumah buatkan aku terlupa dia nak dtg.

     Aku sambung tidur selepas bagitau dia yg aku tgh tidur skrg dan nak kena bangun jam 2 pagi nanti.kami janji akan jumpa lepas aku balik dr shuttle beirut nanti.jam loceng aku yg menjerit kuat cukup boleh buat aku hilang jantung!bangun tu aku sempat juga makan sahur dulu.masih ada sebungkus nasi goreng yg aku bawa dr kl.aku bekukan dlm peti ais.nak makan,aku panaskan dlm travel cooker yg aku bawa.

      Pesawat berlepas ke Beirut lebih kurang jam 4 pagi.dlm 3 jam juga perjalanan.penumpang terlalu sedikit.aku masih bertugas di kelas business.ada 4 org saja penumpang yg nak kena aku jaga.punya lah boring…macam tak kerja pun ada.nak tolong kelas ekonomi pun Cs aku tak benarkan sbb di belakang pun penumpang hanya lebih kurang 70 org aje.penumpang aku pulak jenis suka buat hal sendiri…mereka pun tak ada pulak nak berbual dgn kami.3 jam perjalanan tu rasa sgt lama.

    Mendarat di Beirut,kami transit 5 jam…punyalah lama! ada crew yg keluar jln2 dlm airport,nak cuci mata kata mereka.mmg tak dinafikan org2 Lubnan ni cantik2 dan handsome2 belaka.yg jadi cleaner cuci kapal pun muda2 dan stylo mylo….tapi sbb airport pun tak besar mana,sekejap aje mereka balik ke kapal semula.aku pula langsung tak keluar..malas!satu persatu majalah yg aku baca…majalah paling boring  pun aku baca.jadi cerdik sekejap aku..heheehehh..crew2 aku yg lain..ada yg siap tukar baju…pakat tidur dlm kapal…siap berselimut lagi.

    Yg peliknya aku sorang saja crew yg langsung tak tidur…duduk pun tak…aku asyik berjln ke hulu ke hilir…selak majalah itu ini…apasal yg cergas sgt hari ni? walhal aku puasa tau….kelakar tgok crew yg tertidur sampai ternganga mulut..HAHAHAHAHAH

    Kami berlepas ke Dubai semula 5 jam kemuadin..3 jam lagi perjalanan dan jumlah penumpang yg hampir sama…sekali lagi aku bosan sbb macam tak bekerja.kami sampai ke hotel betul2 time berbuka.semua yg berpuasa berlari ke guest lounge sbb ada di sediakan kuih muih dan manisan utk berbuka.itu aje yg sempat kami makan.kemudian balik ke bilik masing2,mandi n bersiap utk ke daira  tower naik shuttle 7.30mlm..nak makan di sana.

   Kami beramai2 menuju ke restoran nasi biryani yg terkenal di kalangan kami,Visitors.aku suka sgt ayam goreng tandoori yg di makan bersama biryani.akibat hanya berbuka dgn kuih aje sebentar tadi,tak sabar2 rasanya nak tunggu makanan di hidang.terpaksalah aku tukar lagi duit malaysia rm30 lagi sbb dah kehabisan duit..

    Bukan kami sahaja set crew di situ.sebelah meja kami ada sekumpulan lagi set crew malaysia airlines.itu set housemate aku,mariam.dia duduk sekali dgn set crew dia.kami tak bergabung sbb terlalu ramai.tak cukup nak duduk satu meja.tapi mmg kebanyakkan set crew mariam mmg aku kenal.kami bertegur sapa…tapi ikut set masing2. riuh rendah suara kami berborak.bising betul jadinya.ifs si mariam pula jenis mat lembut(adik2…)suaranya yg paling kuat dok mengusik pramugara2 yg handsome baginya…kesian aku tgok mereka tersipu2…

    Perut dah lapar nak mampos…makanan yg di hidang punya lah lambat tiba..rasanya dekat sejam jugaklah tunggu.hampir habis segelas jus ciku kesukaan aku tu…bila dtg aje makanan..semua dah tak tunggu dah..balun..!!sampai tak bunyi suara.portion dia punyalah banyak…boleh makan 3 org!lapar punya pasal dan sbb mmg sudah ajaran keluarga mesti kena habiskan makanan,aku cuba juga makan sebanyak mungkin.

    Sayangnya rasa nasi biryani skrg sudah tak sesedap dahulu.yg bezanya harga yg makin naik tapi rasanya makin kurang.bukan aku aje yg perasan,malah crew yg lain juga.nasinya dah semakin plain,telur rebus yg dulunya ada di bagi sama pun dah xada.aku strugle nak habiskan nasi yg banyak merayu crew aku yg lelaki2 ini tolong ambil separuh nasi aku.malangnya semua org dah xlarat nak makan lagi.ifs aku tu pulak..aku minta dia ambil nasi,..tapi ayam aku pula yg di cubitnya…asyik meratah aje ayam kesayangan aku tu….geram betul!

    Dr restoran Visitors,kami ke kedai chocs n nuts utk beli segala jenis kacang,kurma atau coklat.aku cuma teman aje..tak beli apa2 pun..sementara tunggu yg lain dok pilih kacang2 mereka,aku asyik dok merasa kacang2 sample…pastu ambil jus yg di beri percuma.kerja aku kat situ dok merasa kacang aje.sampai ifs aku ckp..patutla muka penuh naik jerawat….huhuhu..

  Dari chocs n nuts menuju ke tempat tunggu shuttle..sorang crew aku nak masuk kedai carpet pula.aku mmg xminat carpet..tapi terpaksa ikut juga la..punyalah mahal carpet2 tu…paling cokia pun dekat 2000dirham! xde lah aku nak beli semahal tu.mmg xde siapa yg beli pun..semua dtg tgok aje.

   Dan sekali lagi dgn kepakaran aku meyelit,aku menjadi org pertama yg dpt naik shuttle bus.tapi kali ini kalau tak berebut pun tak apa sbb xramai org mcm hari tu.bas bergerak pun masih ada tempat kosong lagi.kami tiba di bilik masing2 dlm kepenatan yg amat sgt.yelah..kami masih belum berehat lagi sejak balik dr buat shuttle flight siang tadi.aku terus mandi..terus “amin”..ZZZZ

    Aku terjaga agak awal juga.sekali lagi aku tak bangun bersahur.bukannya aku tak kunci jam loceng utk bersahur pagi tadi.tapi bila loceng menjerit,aku off kan lepas tu terus lena balik.bila terjaga aje dah pun cerah.harap2 nasi biryani smlm yg banyak aku makan tu dpt membantu menberi aku sedikit tenaga.aku turun ke crew room utk bermain internet lagi..chatting2 dgn kawan2 di malaysia.dlm 2 jam kat situ tiba2 housemate aku si mariam pun turun ke situ mencari aku.dia nak minta aku temankan dia ke salon dlm kawasan hotel ini juga.dia akan berangkat pulang ke malaysia ptg ini.dia buat trip yg singkat aje ke Dubai.berbeza dgn trip aku yg memakan masa seminggu.sbb dah janji.aku temankan dia ke saloon.malangnya saloon itu telahpun di tutup di tgh hari.aku balik ke bilik aje sbb mariam pun perlu tidur utk bertugas mlm ini.

   Dlm bilik ake sekali lagi keboringan…nak turun main internet semula waktu di malaysia sudah hampir waktu berbuka.tentu tiada sesiapa lagi yg on line.aku layan lah filem2 yg ditayangkan di tv(ada movie channel..ok jugak la) sekali lagi tertidur..terkejut dgn  loceng pintu dr mariam yg nak berangkat pulang.tak lama selepas itu,aku n set crew aku mula berkumpul di bilik ifs seperti biasa..utk menyediakan juadah utk berbuka.kali ini,aku masakkan bubur lambuk.selain dr bubur lambuk,kami juga dihidangkan dgn nasi biryani yg di bawa turun oleh sorang crew dr kapal yg kami buat shuttle ke beirut kelmarin.patutla byk makanan hilang…dia yg tapau rupanya…ahhahhah.

   Lepas berbuka,ada yg nak keluar lagi ke daira tower mlm ni utk bershopping lagi.bagi yg xnak keluar mcm aku n 2-3 crew lagi,kami lepak bilik ifs sampai lewat mlm sambil down load lagu2 dr lap top salah sorang crew.pakat dok nyanyi pulak ramai2 bila dgr lagu2 lama.riuh rendah jadinya.patutnya bulan2 puasa ni bawak2 lah beribadat ye tak?

    Kerana asyik dok mengunyah segala kerepek dan makanan ringan semasa lepak tu,aku sekali lagi dah tak bangun sahur.kali ini mmg sengaja malas bangun sahur.dah 2 kali tak bagun sahur,aku ok je..so aku dah xkisah lagi pasal sahur.

    Hari ni seperti hari2 yg sebelumnya,aku masih kebosanan di siang hari.lepas mandi,aku terus turun ke crewroom utk bermain internet. bosan berbual dgn rakan cyber,aku tulis la blog ini.maka sampai setakat inilah sahaja cerita aku utk trip ini.

   Skrg ni waktu di Dubai baru pukul 3.11ptg.kalau di malaysia skrg dah pun 7.11mlm…hampir nak masuk waktu berbuka.di sini kami kena tunggu 3jam lagi utk berbuka.jadi aku masih ada banyak masa lagi utk di habiskan.

     Tak sabar nak tunggu esok…sbb esok kami akan berangkat pulang.kami akan berangkat lewat petang dan akan tiba di malaysia pd jam 6 pagi keesokkan harinya.bila tiba di klia nanti aku akan tukar baju,simpan uniform dan beg kerja dlm kereta yg aku letakkan di klia,kemudian aku akan terus ambil penerbangan ke pulau pinang.Balik kampung…yahooooo!!! tak sabar aku nak bersama mak ayah dan adik2.aku akan off selama 4 hari..cukuplah utk lepaskan rindu pd mak ayah..suasana berbuka dan bersahur bersama.sbbnya sejak mula berpuasa tahun ini,aku belum lagi berpeluang utk berbuka dgn keluarga.

     Kepada semua,diharap dapatlah sedikit gambaran bagaimana kami pramugari/pramugara berpuasa semasa di luar negara.apa yg ada kami berkongsi bersama.bila berjauhan dr keluarga,hanya kami sesama kamilah keluarga yg ada.pun begitu,ceritanya mungkin tidak sama apabila bersama set yg berlainan atau ke tempat yg lain.

     Selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada semua umat islam di malaysia dan juga di seluruh dunia.mohon ampun dan maaf jika ada silap dan salah.jemputlah ke penang jika kebetulan ada di sana.raya ke-4 ada kenduri kahwin adik lelaki aku di sana..jemput dtg ye…..wasallam….

PUASA DI PERANTAUAN…

September 15th, 2008 by armilla78

   Salam semua….skrg ni aku ada kt dubai…seminggu jugak la kena tinggal kt sini…biasala..dah kerja aku mcm ni…kena pulak bulan puasa kt tempat panas.kat sini tgh hari boleh cecah 50′C ooo…

     Tapi sebenranya xlah teruk sgt …sbbnya kami yg berpuasa ni siang harinya cuma lepak hotel aje…worse…dok perap dlm bilik.aku ni dah naik pening kepala dah dok tgok bilik hotel aje..tu yg turun main internet ni…kat sini best..crew room ada di sediakan 4 pc percuma.walaupun ada airlines lain yg tinggal disini juga,tapi sbb byk pc,jadi xdelah nak berebut.skrg ni pun xde org nak guna…bebas la nak pakai lama2.

   Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku berpuasa sebagai anak kapal.setakat ni mmg alhamdulillah..aku xpernah lagi ponteng puasa sejak terbang 12 tahun nan lalu.tapi tahun ni pihak Mas dah pun keluarkan e-mail,bagitau semua anak kapal yg kami tidak di galakkan berpuasa semasa bertugas ketika membuat penerbangan yg lama.tak dpt dinafikan bila berpuasa pd penerbangan yg lama mmg agak memudaratkan….apatah lagi bila merentas masa yg asyik siang sepanjang hari.

    Most of the time kami bernasib baik sbb waktu berpuasa sering menjadi bertambah pendek akibat merentad masa yg mengejar mlm.tapi ada kalanya juga kami akan hadapi rentasan masa yg sentiasa siang..waktu berpuasa boleh menjadi melebihi 18jam….

   Aku pernah alami pengalaman ini suatu ketika dulu.aku ingat lagi penerbangan itu dari Taipei,Taiwan ke Los Angeles.kami bertolak dr Taipei pd waktu tgh hari…12 jam kemudian apabila sampai ke L.A…masih juga siang hari.bermakna puasa aku sudah melebihi 20jam!…yg beragama islam…semuanya berpuasa pd awalnya..tapi kemudian sorang demi sorang ‘tumbang’.yg berjaya habiskan puasa pd hari itu cuma aku n sorang lagi rakan sekerja.tapi mmg xdigalakkan lagi utk buat begitu…lembek gila….perut pun rasa nak cramp…

     Aku juga pernah alami mula berpuasa awal sehari dr malaysia .waktu itu aku di tanah arab kalau tak silap.di situ telahpun mulai berpuasa tapi di malaysia masih belum nampak anak bulan lagi.aku juga pernah mendapat raya yg paling panjang…sbbya negara yg aku bertugas sudahpun meyambut raya…bila balik,kt malaysia baru nak meyambut raya.jadi aku dpt 2hari raya pertama…heheehhe..best tu!

   Kalau tanya aku kat negara mana yg aku ingin berpuasa,aku pilih S.africa.sbbnya bila tiba bulan puasa atau raya….di sana mmg meriah dgn jemputan dr pelbagai wakil Malaysia..contohnya ground manager Malaysia Airlines..atau org2 malaysia yg tinggal di sana.mereka siap hantar bas utk ambil kami anak2 kapal utk berbuka atau beraya dgn mereka…kalau dpt time berpuasa atau beraya kt sana…siap sedialah baju raya..mmg banyak acara…

  Selain afrika,tentulah best dpt berpuasa kat negara sejuk.selain cuaca sejuk,masa juga jadi amat pendek….hehhehehe…aku juga suka buat puasa ganti bila berada di negara yg pendek waktu siangnya…mengelat namanya tu…..

    Negara yg paling boring bila kena time raya…sinilah…Dubai! aku pernah tiba di sini pd hari raya pertama…ingatkan bila beraya di negara islam ni,tentulah meriah….tapi sedihnya bila tiba di sini..xmeriah langsung…malah mcm tak raya pun kat sini.suasananya sama saja mcm hari biasa .cuma bezanya,dah boleh makan di waktu siang aje…kedai2 beroperasi mcm biasa,tiada lampu2 indah…tiada hiasan2 di jln raya…cuma ada la satu dua kedai letak banner ‘ED MUBARAK’. hotel tempat aku tinggal pun xde buat apa2 sambuatan utk kami yg tiba di hari raya..mmg xada apa2 acara atau layanan istimewa.sedih juga…dah lah aku n sorang lagi crew aje melayu.tapi nasiblah set crew aku yg lain baik2 belaka.mereka yg berbangsa lain ni pakat2 belanja kami berdua makan nasi biryani dan siap belikan hadiah utk kami lagi…terharu betul….ada juga yg memgingati….

   Cakap pasal sambutan ni…rasanya kalau ke tempat bukan islam lagi best.contohnya kalau ada chrismas,easter atau tahun baru…terutama di negara europe,kami akan di raikan…atau paling tidak akan di beri hadiah..mmg seronok….banyak acara yg diraikan.sedihnya kt tempat islam sendiri..kami di buat tidak peduli.

    Haaa….ni nak citer pulak pasal penumpang di bulan puasa…baru2 ni aku buat flt ke Jakarta aje.perjalanan cuma 2 jam…dlm flt tu majority penumpang adalah org islam…berdasarkan tudung n wajah mereka.(muka indon n melayu) tapi yg kelakarnya..hanya beberapa kerat aje yg berpuasa.semua ckp musafir…alahaiii….beza waktu pun cuma sejam…penerbangan pun cuma 2 jam aje…kami yg bertugas ni pun berpuasa…..tapi rasnya rata2 penumpang adalah mereka yg berpendapatan rendah,…mungkin jarang mereka dpt naik kapal terbang…agaknya mereka teringin tgok makanan yg di hidangkan…dan mungkin mereka tak tahu bahawa pihak mas telah pun sediakan makanan dlm kotak agak mereka dpt membawa turun makanan itu.

   Ada juga kisah ni tentang penumpang business class..lelaki pertengahan usia.dia minta berbuka puasa awal sbb time malaysia sudah masuk waktu…walaupun kami dah bagitau yg waktu berbuka cuma tinggal kira2 sejam lagi tapi dia nak juga berbuka skrg…siap mcm nak marah lagi bila kami bagitau skrg bukan waktu berbuka.kami ikut saja apa yg penumpang mahu…tapi pelik juga…ada ke mcm tu…ikut time malaysia…sejam extra lagi pun dah xboleh tahan ke?

     Ada juga penumpang yg marah2 bila kami tanya dia puasa ke tidak bila time nak hidang makanan.mmg menjadi polisi kami utk bertanya semua org..walaupun mereka berwajah melayu…sbb tak semua yg muka melayu atau beragama islam yg berpuasa.tapi ada pula yg marah…kata tak reti tgok ke muka dia org tu muka puasa atau tidak…haii encik….kami cuma bertanya aje…tak tanya kang marah juga…ingat kami tak nak bagi makan….sepatutnya di bulan puasa ni kenalah lebih bersabar…ini tidak…makin menyinga pula mereka.

   Sedihnya…ramai yg ingat kami semua kaki sosial…xpuasa…malah ada juga yg terkejut bila dpt tahu yg kebanyakkan kami tak tinggal puasa.malah kami kadang kala cuma sempat berbuka dgn secawan air sahaja…selepas penumpang di beri makan,baru kami dpt menjamah makanan.tu pun ada juga yg mcm tak faham..asyik call mintak macam2 waktu kami baru nak menjamah makanan.seolah2 makanan yg dihidang belum mencukupi.

    Bercakap tentang penumpang punya kerenah di bulan puasa mmg banyak.kalau tak puasa tu xapalah lagi….tapi ada juga yg langsung tak hormat bulan puasa….sedihnya seorg penumpang di kelas pertama…nama ada bin…dah lah xpuasa,minum minuman keras lagi tu….tapi siapalah aku nak hukum org….itu antara dia dgn Tuhan lah kan…cuma aku terkejut jugalah dpt penumpang mcm ini di bulan ramadhan.

     itulah antara cerita yg boleh aku kongsi bersama tentang bulan puasa.tentang waktu ini di dubai…aku dpt set crew yg sempoi juga.nasib baik hotel ni jenis hotel apartment.mmg kebanyakkan bilik di sediakan dapur.apa lagi,bila time berbuka,kami pakat sama2 kongsi makanan yg ada.nasib baik aku bwk nasi goreng dr rumah.ada jugaklah benda nak kongsi.inflight supervisor(ifs) aku lagi best…dlm beg dia mcm satu giant…mcm2 dia bawa…bilik dia yg jadi mangsa utk kami buat kenduri.lepas berbuka..pakat keluar ke town….beli apa yg patut.aku pun dah rancang nak masak bubur lambuk utk berbuka mlm ni.lepas berbuka kena tidur skjp sb pukul 2 pagi nanti nak kena buat shuttle flt ke beirut pula.housemate aku pun ptg ni akan sampai dr kl…kebetulan dia juga ada buat flt ke sini..cuuma berbeza hari aje.harap2 dia ada bawa bekalan juga sbb aku dah xde stock.tapi kt sini xsusah makan…kt tepi hotel ada restoran nasi biryani n ayam golek….cuma…aku rasa kurang berselerea sikitla,….badan pun naik ni…..raya kang baju xmuat pulak nanti…huhuhuu..

  ok lah…aku pun dah pening mengadap komputer ni lama2….balik bilik je lah…layan tv ke…sbbnya channel kt sini byk ooo…kira ok jugalah…kpd semua….selamat berpuasa…jgn ponteng puasa dgn sengaja…tataaaa….

RUMAH ITU….

September 7th, 2008 by armilla78

    Rumah itu….rumah tempat aku di besarkan lebih 20 tahun,,,telah pun aku tingalkan hampir 8tahun nan lalu.rumah yg letaknya di pinggir sawah,juga berjiran dgn padang sekolah.dibelakang rumah itu pula ada sepohon pokok samak yg amat besar…yg meneduhkan rumah di siang hari,tapi kelihatan menakutkan di mlm hari.

   Kawasan sekelilingnya amat sejuk sekali.mungkin sbb kedudukannya di pinggir sawah yg sentiasa berangin dan dikelilingi pohon2 yg merendang.aku masih ingat lagi tumbuh2an disekeliling rumah…pokok kelapa,pokok pinang.buah kabung,pokok machang.pokok pisang…dan segala pokok2 kampung yg yg mungkin warga kota tidak mengenalinya.

     Tapi rumah yg sentiasa dingin itu juga merupakan satu tempat yg sering memberikan cabaran dan degupan kencang kpd penghuninya.aku akui betapa sukarnya utk aku berpisah dgn rumah itu bila tiba saat kami sekeluarga harus berpindah…perasaan meronta2…seolah2 tidak mampu utk melangkah pergi.aku terlalu sayangkan rumah yg menjadi sejarah keluarga kami..menyaksikan aku dan adik2 membesar di situ.tapi…dlm masa yg sama juga…rumah itu jugalah yg sering membuatkan kami sekeluarga sentiasa ketakutan di waktu mlm….

   Aku rasa rumah itu mempunyai semangatnya yg tersendiri…ianya seolah2 “hidup”.selain kami…sentiasa ada “tetamu” lain yg sentiasa bertandang ke situ.dari kecil hingga saat terakhir di sana…kami sekeluarga sering mengalami kejadian2 yg sukar di jelaskan…kalau nak dikata aku sudah lali mengenainya…oh tidak!..setiap mlm yg hadir…aku cuma berharap agar tidurku tidak diganggu.

   Rumah kg yg separuh kayu dan separuh batu ini..bukannya terletak berjauhan dr rumah jiran yg lain.,malah jiran2 juga mempunyai pengalaman yg sama….mereka kata ianya mengenai kawasan …bukan salah rumah itu.tapi bagi aku…rumah aku itu sendiri…ada perkara lain tentangnya.

   Bila naik keatas rumah sorang2…akan sentiasa ada rasa debaran seolah2 ada yg sedang memerhati…tidak kiralah pd waktu itu siang atau mlm.dan banyak kali juga aku seolah2 terlihatkan kelibat manusia di dlm rumah…anehnya pd waktu aku kecil dulu,kelibat itu berupa seorg budak..yg mungkin hampir sebaya dgn aku…tapi bila semakin membesar…kelibat yg aku lihat juga semakin dewasa orgnya.cuma aku hanya dpt melihat dgn sepintas lalu…membuatkan aku masih tidak dpt melihat dgn jelas wajahnya…atau mengesahkan samaada dia lelaki atau perempuan.

   Banyak kejadian aneh yg kami sekeluarga alami di rumah itu.tapi cerita2 itu akan aku ceritan di lain waktu.apa yg nak aku ceritan di sini…adalah mengenai rumah itu pd waktu skrg.

   Baru2 ini ketika aku berada di Delhi,aku telah mendapat satu mimpi.dlm mimpi itu aku kembali ke rumah itu….dlm cerita mimpi aku itu,aku adalah aku skrg…dgn kerjaya aku skrg.aku kembali kesana di waktu yg senja…rumah juga sudah terpasang lampunya.mak ayah bukakan pintu dr dlm…mereka kelihatan lebih muda…seolah2 mereka yg aku kenali ketika aku di alam persekolahan dulu.kedua adik aku juga di situ…seperti juga rupa mereka dialam persekolahan…semuanya umpama gambaran ketika mereka masih tinggal dirumah itu kira2 18 tahun nan lalu…ketika aku masih di sekolah rendah…ketika masih nakal….ketika amat gembira bermain di keliling rumah…tanpa bebanan…tanpa masaalah…..

   Tapi ini bukanlah kali pertama aku bermimpi tentang rumah itu…sudah banyak kali.yg peliknya setiap mimpi mengenai keluarga,mesti lokasinya di rumah itu….aku tak pernah mimpi langsung tentang rumah yg di duduki skrg.dan setiap kali terjaga dr mimpi itu…aku pasti teringat kan rumah itu…seolah2 ada yg sedang “memanggil” aku kpdnya.aku seolah2 kembali semula ke rumah itu setiap kali termimpikannya.

   Baru2 ini sengaja aku singgah ke rumah jiran di rumah itu…kesempatan itu aku gunakan utk meninjau sekelilingnya.rumah itu telah pun disewakan oleh tuannya kpd org lain.maka aku hanya boleh melihatnya dr luar sahaja.sedih benar keadaannya kini.rumah itu nampak xbermaya…bagaikan dlm kemurungan…tak ada lagi suara burung2 chiak di sekelilingnya seperti dulu…laman yg putih gebu dan ditumbuhi bunga2 liar juga sudah bertukar menjadi semak samun dan lalang2 yg meninggi.pohon teja tepi rumah yg ada buaian di bawahnya…juga sudah mengecut hampir mati.dan pokok samak yg besar…yg dulu meneduhkan rumah..kini sudah tiada lagi.suasana begitu muram dan berbeza sekali.rumah itu seolah2 sedang sakit…..

    Sedih aku melihatkan beranda rumah yg dulunya menjadi tempat aku bermain…dipenuhi bunga2 tanaman mak…kini hampir roboh kerana tidak terjaga.ternyatalah penghuninya skrg tidak menghargainya,sebab itulah rumah itu terabai sedemikian rupa.suasana juga tidak lagi sedingin dulu…sawah padi sudah ditimbus…bakal digantikan dgn projek2 lain yg lebih menguntungkan,..pokok2 yg yg dulunya meneduhkan kawasan juga semuanya sudah tiada lagi.aku seolah2 dpt merasakan kemurungan rumah yg penuh kenangan itu.adakah mimpi2 yg semakin kerap itu adalah panggilan dr rumah itu…yg merindukan kami sekeluarga yg pernah menghuninya dahulu?

  Mungkin ada yg menganggap aku ini jenis terlalu percayakan hal2 mistik….aku mmg sentiasa ingin cuba menafikan..tapi kenyataannya…aku tak boleh memadamkan pengalaman2 dan apa yg pernah aku alami mengenainya.kpd yg tidak pernah mengalami…semua ini hanyalah khayalan dan dongengan semata2….tapi kpd aku..keluarga ..dan mereka2 yg pernah mengalaminya…hanya kami sahaja yg tahu.ianya bukan kisah magis seperti dlm filem…berkawan dgn makluk alam lain…dibantu ketika susah…semua itu xada….walaupun kadang kala muncul mereka bukan dlm wajah mengerikan,tapi hati tetap takut setiap kali mengalaminya…mungkin sbb dlm fikiran kita telah di momokkan bahawa setiap makluk halus itu mmg menakutkan….

   Tapi setakat ini..bila difikirkan kembali…tiada pula kejadian yg memudaratkan kami sekeluarga…cuma mungkin secara tidak disengajakan,kami terlihat,terdengar atau terasa akan kewujutan mereka…mungkin mereka juga adalah penghuni di rumah itu…dlm kata lain..kami berkongsi tempat tinggal yg sama…dan oleh sebab kami membesar bersama di rumah itu…menyebabkan “mereka” merindui kami yg telah lama meninggalkan mereka….

   Secara jujurnya…ketika aku menulis cerita ini skrg…jantung aku berdegup kencang….tangan aku juga mengeletar….entah apa sebabnya..?aku jadi gementar…badan aku menjadi seram sejuk…pasal puasakah? takkanlah kot…

   Aku juga ada mengalami kejadian baru, baru2 ini…bukannya di rumah itu…tapi di rumah baru….akan aku ceritakan di lain waktu.cuma terfikir pula….ada kaita kah mimpi2 itu dgn kejadian2 yg berlaku skrg?…..

KARMA

September 6th, 2008 by armilla78

salam ramadhan kpd semua…dah lama tak bertemu..skrg ni byk bukak face  book…tu yg dah jarang kat sini..tapi aku ada peminat rupanya…yg suruh aku teruskan blog aku…best sgt ke?…kalau dah ada yg minta tu…aku teruskan lah ye….

   Rasanya banyak yg dah tau aku ada banyak komitment dgn duit…dan sejak beli rumah ke-2…makin terjerat leher nak membayarnya.tupun rumah ke-2 tu bukannya bayar penuh lagi sbb belum siap lagi.bila dah dpt kunci nanti…tak tau lah mcmmana aku nak handle kewangan aku.

   Dah lama juga aku cuba jualkan rumah pertama..malangnya masih xde yg respon.iyelah…aku paham dgn keadaan ekonomi skrg yg menyukarkan setiap org utk berbelanja..tambahan pula terlalu banyak rumah yg dijual skrg ni…kalau lokasi xcukup baik..mmg payah lah….

   Tapi bukan pasal rumah yg nak aku ceritakan di sini.aku rasa mcm ada yg tak kena dua-tiga menjak ni…aku mmg terlalu berjumat skrg ni…mana nak bayar 2 rumah…duit kereta ayah…utk perbelanjaan keluarga…tiba2 adik pula nak kawin…tidak boleh tidak,aku kena membantu sbb dia bukannya ada duit sgt.dlm pd itu juga ayah pula dipanggil utk menjalani pembedahan pd hari yg hampir sama dgn majlis perkahwinan adik.ini bermakna…semakin berganda tanggungjawab dan tentu saja duit lagi yg bakal digunakan.

   Aku rasa terjerat sbb simpanan tidak banyak mana di dlm bank..(dulu muda2 xfikir nak simpan..asyik membazir…padan muka!)..sudah lah duit utk rumah baru nanti masih tak terkumpul…ini nak kena pula tolong adik dan ayah yg bakal menggunakan perbelanjaan.mmg aku tetap akan tunaikan tanggungjawab pd mereka…namun…aku berungut dlm masa yg sama.

   2-3 bulan ni,aku menjadi seprg yg amat kedekut…kedekut dgn diri sendiri..kedekut dgn semua org.semuanya gara2 panik dgn simpanan yg kurang.bayangkanlah aku ni nak makan pun berkira…sampaikan dah budget..sehari xleh lebih dr rm10 berbelanja.nak beli benda apa pun kena tgok keperluan..samaada perlu atau tidak…sampaikan aku sanggup xbeli surat khabar…tgok aje berita kt tv.

   Kalau bab kedekut dgn diri sendiri tu xapalah juga…malangnya aku sampai begitu kedekut dgn keluarga sendiri juga…baru2 ini aku blk kg….iya…mak ayah dah biasa dgn gaji aku yg selesa selama ini…nak apa pun kau belikan…cuma kali ini…aku dah xmcm dulu…begitu berkira.kami ke pasar mlm hari tu…aku cuma ada rm 50 utk berbelanja 3 hari kt sana utk makanan.mmg xboleh makan luar lah….Ayah mungkin terlupa…dia teringin nak makan udang besar…yg cuma berharga rm16 sekilo.Bila dgr ayah nak udang…aku buat2 xpaham…sbb akan lari budget aku…kami ke tempat ikan,,..aku cuma beli ikan keli sbb ikan keli paling murah skrg ni.kemudian ayah nampak pula ketam….dia teringin ketam pula…sekilo rm 30! lagi mahal….bila aku berungut benda2 tu semua mahal…ayah akhirnya tak minta apa2 lagi….nampak muka kesal dia…apatah lagi aku perasan mak seolah berbisik pd ayah tentang masaalah kewangan aku.

   Tapi aku rasa sedih pula…kesian pula pd ayah yg teringin nak makan.dia sudahlah uzur….kalau apa2 terjadi kpd dia nanti….menyesal aku sbb berkira begini.akhirnya aku belikan juga udang besar tu utk ayah,tapi ada juga nada berungut dlm hati sbb terpaksa beli benda yg ‘mahal’.

   Aku juga sudah sediakan budget sorang rm100 saja utk baju raya mak dan ayah…mmg xbanyak sbb aku juga kena sponsorkan duit bunga telur utk adik.masa balk tu juga,aku bawa mak ayah beli belah baju raya….penat juga berjln sbb rata2 baju melayu n kurung sekarang berharga melebihi rm100 sepasang…kesian mak ayah yg dah tua kena berjln jauh….masih belum jumpa baju yg dlm budget yg aku peruntukan.sbb susah sgt..akhirnya aku terpaksa juga belikan mereka sepasang baju yg agak melebihi budget.sekali lagi aku berungut….tentang barang yg mahal dan duit aku yg xbanyak.mak ayah dah banayk kali kata xpayah lah belikan merreka baju raya tahun ini sbb mareka paham masaalah aku…tapi aku berkeras juga sbb rasa xsedap pula kalau xbelikan utk mereka.tapi masaalahnya bila aku belikan,…aku berungut pula.

   Mlm itu aku menyesal dgn sikap aku…mak ayah nampak murung n xgembira bila aku belikan mereka baju mcm terpaksa.samapaikan nak beli nasi lemak pagi tu pun mak ayah dah xmahu ambil duit aku lagi.kata mereka,mereka masih ada duit lagi.aku makin kesal sbb apa2 yg mahu aku belikan utk mereka,telah ditolak mentah2.mereka bayar sendiri.

   Aku pulang kembali ke subang jaya dgn hati yg suram…rasa menyesal dan bersalah….bila aku ceritakan hal ini kpd rakan serumah,kata mereka…bila kita berungut tentang apa yg kita berikan…tanggungjawab itu sudah menjadi beban kpd kita…buka lagi keikhlasan.benar juga kata mereka…sikap aku seolah2 menganggap mereka menjadi beban pula….alangkah kesalnya aku bersikap begitu…kpd org tuaku…

   Walaupun kesal dgn sikap aku pd org tua..tapi aku masih juga bersikap begitu dgn kawan2.aku dah tak berkongsi lagi makanan yg ada sbb dah budget utk aku saja.aku jadi semakin berkira dgn mereka…semuanya utk aku saja….merka tak kata apa2…tapi aku rasa mereka terasa yg sikap aku yg berubah ini.

   Nak jadi cerita….sbb terlalu mengawal duit juga…hari ini aku kehilangan duit dr mesin ATM sebanyak rm650.satu jumlah yg sgt besar buat aku skrg….entah kemana hilangnya duit itu aku pun xtahu.kejadian ini buatkan aku rasa aku telah dihukum sbb terlalu berkira sgt.aku makin rasa tertekan n murung dgn hal ini….dan…tahukah anda..sebaik mengetahui hal ini…mak ayah yg selama ini bergantung sumber kewangan dr aku menawarkan wang utk membantuku dan kawan2 yg aku ketepikan dan terlalu berkira dgn mereka juga ingin menghulurkan bantuan!

   Adakah ini hikum karma utk aku?…terlalu berkira…sampai aku lupa pd yg selama ini menjadi tunjang dlm hidup aku? aku terlupa kpd mak ayah dan kawan2 yg sentiasa bersama aku selama ini.aku kesal dgn sikap pentingkan diri aku sendiri ini…kata org…kalau kita terlalu berkira sgt…rezeki akan semakinmenjauh..bukannya semakin mendekati…apatah lagi jika berkira dgn ibu bapa sendiri..

   SELAMAT BERBUKA PUASA kpd semua…..semoga ada pengajaran dgn apa yg menimpa aku sekarang ini.

Sunday,03.08.08

August 3rd, 2008 by armilla78

       Hi all…aku baru blk dr Auckland smlm…sebelum kesana 4 hari nan lalu,aku dah dpt selsema…tapi mengenangkan aku ni selagi boleh mmg nak kerja,lepas pergi klinik ambil ubat,aku nak juga teruskan kerja,walaupun doktor dah tanya aku nak m.c ke tidak..?

    Dan hari ni…aku dapat demam pula…dah la dpt off 3 hari.aku sengaja xbalik kg kali ni sbb lepas ni aku akan ke Amsterdam pula.balik dr amsterdam nanti aku akan dapat off days yg lebih lama.baru aku akan balik kg.kalau dulu aku boleh balik kg sekerap yg mungkin,tapi skrg ni mmg dah xboleh nak buat mcm tu lagi…semuanya gara2 budget yg maha ketat..harga semua benda pun dah naik….aku terpaksa berkira dgn perbelanjaan.kalau tidak..mmg parah.

    Maka…utk 3 hari ni..tinggallah aku kt rumah saja…rasanya semua dah sedia maklum..kalau lama aku duduk saja tak bekerja,aku boleh jatuh sakit..ni belum sampai sehari pun aku dah sakit..huhuhu..aku ada esok dan lusa utk melalui rutin yg membosankan…harap2 sgt agar ada sesuatu utk aku lakukan sementara menunggu hari utk aku terbang semula.

   Adik aku, Imi, bakal melangsungkan perkahwinan lepas raya nanti..hehehe..tinggallah aku…yg sulong ni …masih xlaku2 lagi….dah lah aku sorang aje yg perempuan dlm family,..yg lelaki pula yg kahwin dulu.xpalah…dah jodoh mereka…aku doakan kebahagiaan mereka.

   Saja aku nak ceritakan tentang imi…adik aku yg sorang ni mmg pendiam sikit…suka buat hal sendiri aje…dia pun pernah hadapi episod kecewa dlm perhubungan …bezanya dgn aku,dia cuma menghadapi satu saja kekecewaan…dan yg kali ke-2 ini…terus nak kawin pun….mmg agak lewat juga tiba …tapi bila dah jumpa,cepat pula terikat.dan lebih beruntung lagi,bakal isterinya seorg yg sgt cantik pd pandangan mata aku…muda 10 tahun drnya….dan yg lebih menarik lagi,si perempua ini yg teckle adik aku dulu..wahh…berani betul budak tu… aku pun xseberani itu ye….

    Bakal adik ipar aku tu kerja kt satu pusat rawatan ni…mak ayah aku mmg selalu pergi buat rawatan kt situ.satu hari,adik aku pun kesana juga…bila dia tgok adik aku tu,dia terus suka…langkah pertama dia…ambil hati kedua mak ayah aku dulu.dr mak ayah lah dia dpt no.tel adik aku.dr situ mereka mula kenal.xsampai 3 bulan terus bertunang…dan lagi 2 bulan…dah pun nak naik pelamin..aku pun mcm xpercaya begitu cepat mereka bertemu jodoh. tapi aku pun happy lah utk dia…sbb aku tgok,bakal adik ipar aku tu pun sempoi…mudah mesra,rajin,cantik,peramah…kiranya…aku xnampak apa2 keburukan lagilah…

    Tadi aku ada sms sorang kawan aku yg kerja dgn production house ni…minta dia tolong bagi aku buat extra dlm drama atau filem…xkisah sgt pasal bayaran..bukan juga nak kejar glamour…cuma,aku nak lakukan sesuatu dlm 3 hari ni.katanya xsure lagi ada ke tidak sekarang ni.kalau ada dia akan call aku.harap2 adalah…demam pun aku sanggup pergi.selalunya pun kalau aku sakit,bila buat kerja,sakit aku boleh terus baik mcm tu aje…haii..bosan betul bila sorang2 ni…kawan2 mmg ramai..tapi sbb budget juga aku takut nak keluar dgn mereka…kang tak pasal2 banyak berbelanja.bulan ni xde pula latihan tarian…sbb ada setengah dr penari kami ke Billingham,England mewakili MAS dlm pertunjukkan tarian tradisional antara negara.aku xikut serta sbb aku dlm kumpulan tarian yg lain.jeles juga…huhuhu…bosannyyyyaaaaa….!!!!

   Tulah sbbnya aku ke cc mlm ni…walaupun dlm demam,habiskan masa berchatting dgn kawan2 yg aku xpernah jumpa…seronok juga…kawan di alam cyber.ramai antara mereka yg minta phone number…nak jumpa sebagainya…tapi aku mmg payah nak tunaikan,,..sbb nya aku sendiri mmg xpercaya sgt dgn kawan2 internet ni…cuma sekadar nak borak2 kosong mengisi masa lapang aje.tapi tak di nafika ,pernah juga aku berikan nombor…dan ada juga yg aku pernah bertemu.tapi jumlahnya boleh dikira dgn jari.itupun setelah agak lama bersahabat dan rasa aku boleh percaya,baru aku berani nak berbual di alam nyata pula.tapi selalunya org akan give up nak terus call aku sbb aku jarang available …yelah..phone selalu off aje…payah nak dpt call aku.dan aku sendiri pun jenis yg xsuka main telefon ni…entahlah…bila chatting,rajin pula.berat mulut….malas juga nak reply sms..hehehehh.aku pun jarang ada kt malaysia ni kan…kalau ada pun asyik penat aje….

    Pagi tadi aku ke giant…beli stock makanan utk 3 hari ni.hari2 menu makanan aku akan samalah nampaknya…ikan keli,sayur,…mlm pula,kwe tiaw sup…safe budget…!hihihi…oh ya…nasib aku ada tanam sayur sendiri kt belakang rumah…bendi n sawi aku pun tgh banyak skrg ni.patutlah org tegur nampak aku semakin kurus.

   OK lah…aku pun dah xtau nak cerita apa lagi dah,…lama gak aku kt cc ni…kawan chatting pun xramai sgt…mlm minggu…banyak yg keluar kot…eh..esok kan dah isnin….?aku aje yg xkerja esok…nanti kalau ada cerita menarik aku up date lagi k….

   Buat pengetahuan semua…skrg ni aku still single…xsabar nak couple balik  heheheh…bosan oo sorang2 ni….tgah teropong2 kalau ada yg serasi…..biar beratus kali kecewa dan di kecewakan…i still believe in love…..chow cin cauuuuuu!!!!

   

   

10 hari kemudian

July 20th, 2008 by armilla78

  Hi all..aku akan ke incheon kejap lg…dah seharian hari ni aku dok melepek kt depan tv aje…makan…tgok tv..tv tgok aku…makan lagi…pastu sakit kepala.

   Nasib baik la kejap lg aku bekerja…sesuatu yg aku amat2 perlukan setiap masa.walaupun roster aku agak pack bulan ni,tapi waktu terluang yg sedikit itupun boleh buat aku bosan…nak merayap bukan tabiat aku.lagi pun dekat hujung bulan ni,poket pun kering.

   Dah 10 hari sejak aku single semula…alhamdulillah…dah makin ok…walaupun kekadang teringat juga.bukan senang nak lupa..mungkin 2 bulan perhubungan itu terlalu singkat…tapikan..ianya bukan bergantung kpd berapa lama perhubungan itu berjalan,tapi berapa dalam perasaan itu.ada yg bercouple 7-8 tahun atau lebih…tapi bila hati sudah xde perasaan cinta lg…hubungan itu lebih mudah nak diputuskan..lebih mudah nak di lupakan.tapi aku…walaupun hanya 2 bulan..tapi aku amat2 cintakan AZ.aku akui mmg marah sgt sbb ditipu,tapi dlm masa yg sama aku masih rindukan dia.tapi tak bermakna aku mahu kembali kpdnya.masa akan merawat aku,akan melupakan aku kpdnya.

    Ada sorang kawan bertanya…apa salahnya jadi isteri ke-2? mmg la dln agama pun membenarkan.aku pun boleh ckp yg aku xmahu berkongsi kasih dan merampas hak org lain…tapi kita tak tahu nasib kita di depan hari.mungkin aku akan makan kembali kata2 dan pendirian aku skrg…cuma buat masa sekarang ni,selagi boleh,aku akan mengelak sedaya mungkin…masa aku bukan lagi di penghujung…aku masih layak utk tentukan masa sepan dan kebahagiaan ku…mmg aku sudah masuk alam 30an..kalau dulu tu dah kira anak dara tualah aku ni..hhahahaha..tapi zaman skrg ni dah tak jadi isu yg berat..org dah semakin berfikiran terbuka.

    Berbalik kpd isu jadi isteri ke-2…atau ke-3…ke -4…mmg tak salah dr segi agama..tapi islam pun telah menentukan syarat2 yg ketat keatasnya..malangnya org kita hanya pandang pd sunah..tapi syarat2 lain mereka buat pejam mata saja.dlm berkongsi kasih ni yg untung hanya kaum lelaki saja…tp yg perempuan tetap menderita..dlm rela atau tidak.aku xakan percaya jika ada perempuan yg mengaku dia suka n bahagia jika suaminya berkahwin lagi…betul ke?..bagi aku jika benar2 dia bahagia melihat suaminya bersama org lain adalah di sebabkan dia sudah tiada cinta utk suaminya itu.org yg menyintai seseorg takkan sanggup melihat cinta hatinya bersama org lain.

   Aku sendirilah kan…katakanlah aku bertemu jodoh dgn suami org..berkongsi kasih…apa akan bahagiakah aku?sanggup ke aku tgok suami ke rumah madu?tak cemburukah aku? sedangkan isteri nabi sendiri mempunyai sikap cemburu pd madunya…inikan aku….senang cerita..kalau aku pilih utk berkongsi kasih,bermakna aku juga telah pilih utk sentiasa di sakiti,sentiasa berendam air mata,sentisa cemburu,sentiasa iri hati…..kata singkatnya..memderita!

   Kata kawan aku..semua pengalaman2 ini sebagai bekalan utk aku menilai seseorg..buat aku makin berpengalaman,makin kuat.mungkin…kata kawan juga…jgn ingat bila berkahwin nanti semua masaalah aku akan berakhir..ianya mungkin menjadi permulaan kpd masaalah….bila masaalah besar melanda,pd masa itu,barulah kita rasa hidup single lebih baik…at least masaalah itu hanya melibatkan diri kita seorg saja…tapi bila masaalah melanda setelah berkahwin..di tambah pula mempunyai anak,lebih sukar utk di tangani.

   Mungkin benar ckp kawan aku tu.tapi kalau aku takut menghadapinya,sampai bila pun aku akan kesunyian begini.tapi masaalahnya bukan sbb aku takut..tapi sbb jodoh masih malu2 nak menghampiri.

   Kata kawan yg lain,aku ni memilih..bukan xada yg nak kt aku ni..tapi aku ni yg selalu lepas pandang pd yg sudi.dlm hal ni kan,..bukan pasal memilih ke apa…betul…ada yg nak kan aku tu tak aku nafikan mmg seorg yg jujur dan baik..tapi kalau perasaan tak klik,macammana nak bersama?takkan nak paksa hati kalau tak cinta…? dlm hal ni,kenalah ada keserasaian dlm perasaan baru boleh melayari perhubungan itu dgn perasaan cinta dan kasih yg mendalam..kalau sekerat2 hati aje…nanti rapuh jadinya.

   Lagi 3 hari,harijadi AZ…aku dah pun merancang makan malam romantis utk kami berdua…dia pernah kata ingin melihat aku dlm gaun malam yg serupa mcm satu majalah..dah pun aku beli.dia juga pernah kata dia sukakan satu barang dr inflight sale(jualan dlm kapal terbang)pun hampir2 aku membelinya walaupun harganya agak mahal.seboleh mungkin aku cuba nak jadi kekasih yg baik…tapi nak buat mcmmana..semua itu xbermakna..tapi aku tak menyesal…nasib baik juga perpisahan itu terjadi sebelum hari jadinya…selamat duit aku..heheheheheh…tapi jika aku bercinta lagi…aku takkan teragak2 utk buat perkara yg sama…

    Alemak..dah lewat dah ni..dah kena balik rumah..kejap lagi dah kena bersiap utk kerja…terbang jauh dr rumah adalah satu2 terapi utk aku…yg menjadi ubat utk aku lupakan seketika apa2 masaalah.mana tau aku bakal jumpa seseorg dlm kapal nanti…hehehehe…to all…chow…!!!

Tipah Tertipu…

July 10th, 2008 by armilla78

    HA! HA! HA!…..Aku mulakan catatan aku kali ni dgn ketawa….ada yg lucu ke? xde….aku baru je single balik smlm….HA!HA!HA!…apa yg best nye putus hubungan lagi?bukan ke sepatutnya aku bersedih…menangis n frust menonggeng?…xbetul ke aku ni?

   Baru sgt aku up date blog aku pasal kebahagiaan aku menjalinkan hubungan dgn seorg lelaki bernama AZ…pendek betul kebahagiaan itu…dan hari ini…aku kembali bersendirian.aku kembali dgn dunia solo aku yg sepi….alaa,….mcm filem SEPI tu….

   Pelik tapi benar…tiada setitis airmata yg mengalir di pipi…aku ingat smlm aku xmenangis sbb aku masih dlm keadaan terkejut…yelah..dlm dok di alam bahagia..tiba2 dlm sesaat kebahagiaan itu direntap! sekelip mata aje…tanpa di duga…semlm juga aku xdpt melelapkan mata…terkebil2 di atas katil memandang syilling…tapi aku tetap xmenangis…heran juga aku…kalau aku menagis puas2 smlm,at least aku jadi letih dan senang sikit nak tidur.hampir subuh jugalah aku terkebil2 dgn kepala yg kosong..tanpa reaksi.dan pagi ini…belum pun pukul 8 pagi aku sudah terjaga semula..mungkin xsampai 3 jam aku tidur.dan bila bangun tu ingatkan aku akan mulai rasa kelukaan itu..yakni aku akan menagis hari ini..tapi tidak juga.hmm…kenapa ye?

   Let me tell u the story ….ok…aku dah citer mcmmana aku kenal AZ…so from there everythings goes well.and i’m so happy wt him…mmg terawang-awangla…dah lama xrasa bahagia camtu.tapi kan dlm pd tu,ada sesuatu tentang dia yg buat aku curiga…kawan2 pun dr mula dah curiga…sign pertama…rata2 kawan yg tahu tentang perhubungan ini akan tanya.."are u sure he’s not married?"..dan aku ckp..aku xtahu tentang itu…tapi AZ ckp dia belum kawin..i’ll takes my chance to know him…tapi kalau dia tipu aku,itu bukan salah aku.

  Banyak sign2 lain yg mencurigakan..contohnya kenapa dia sering kena balik cepat…dan hp dia akan di offkan setiap kali dia berada di rumah…mula2 dia ckp dia off hp sbb nak fully charge hp tu…pastu lain kali pula aku tanya kenapa aku xpernah dpt call dia waktu mlm,katanya kt rumah dia coverage teruk…oh ya…dia jarang pick up my call…alasan sbb letak silance mode..sbb dia selalu dlm meeting room…yelah tu..kalau org yg busy mcm dia tu..mesti perlukan hp sentiasa bersedia,…mna boleh nak 24jam silence mode kan…?oh ya…ada ke org bujang pakai kenderaan jenis 7 seater?..

   Tapikan, aku cuba ignore semua tanda2 itu sbb aku nak juga percaya yg AZ jujur dgn aku.tak dinafikan dia mmg pandai mengambil hati,buat aku rasa dihargai dan disayangi…aku mmg bahagia dan selesa dgnnya.

  Mungkin sbb aku ni begitu jujur dan ikhlas…Tuhan sekali lagi tolong aku.kelmarin selepas menghantar AZ ke KLIA(dia kena out station ke Sibu) aku tertidur sebentar.mimpi di siang hari barangkali tapi cukup memberi kesan.aku bermimpi ada seorg perempuan bersama 2 org anak memandang aku sayu seolah2 merayu aku sesuatu.tanpa sepatah kata di bibirnya tapi perasaan aku kuat mengatakan bahawa perempuan itu ada kaitan dgn AZ..aku dpt rasa kesedihan di hatinya.

  Bila terjaga degup jantung aku berdegup kencang.terus rasa xsedap hati..fikiran aku berkecamuk…ada seribu satu kebimbangan dlm diri…mlm tu juga…aku mahu berckp dgn AZ…kami berbual melalui Gmail(chatting)

  Aku ceritakan tentang mimpi itu pd AZ…kuasa Tuhan juga…dia akhirnya terbuka hati nak berterus terang.akhirnya,rasa curiga selama ini terbukti benar.dia mengaku sudah kawin dan telah pun mempunyai anak.. bukannya 2, tapi 5!

    Tersentap? itu sudah semestinya.walaupun bagai boleh dijangka tapi aku tetap terasa kepedihan itu.tapi dlm pd itu pun AZ masih ingin bersandiwara.lelaki mcm AZ tetap sama…..sudah salah tapi masih nak cari alasan…mula cuba cari salah org lain.dan semestinyalah dia salahkan sang isteri konon tidak dpt menyempurnakan keinginannya.

  Tahu apa alasan AZ? kononnya sang isteri xmahu barikan zuriat lagi…aii..5 org belum cukup lagi ke?lain lah kalau si isteri tu mandul…lagipun yg bongsu baru je setahun lebih…dia ingat senang ke nak lahirkan 5 anak utk dia?ingat perempuan ni kilang anak?lepas tu dia ckp dia betul2 cintakan aku..ikhlas dgn aku..nak selamatkan aku dr dosa….ikhlas apa? selamatkan aku dr apa? dosa apa?

   Itu alasan org yg kononya alim dan tahu agama…tapi dia sendiri lupa,mencurangi isteri adalah satu dosa besar.dia bukannya nak selamatkan aku..tapi semakin membawa aku ke lembah dosa…dosa kerana bakal mengguris hati seorg isteri dan ibu.dan dia sendiri…nak selamatkan apa kalau xboleh lepa sikit asyik nak menggatal…tapi nasib baiklah aku ni kuat iman…aku masih dpt menjaga diriku.

   Aku bukanlah baik…aku mmg tak alim…tapi aku tak hipokrit dan xmenipu org lain.aku jujur tentang diri aku.aku tak permainkan perasaan org…aku tak pernah menganiaya org lain.jgn ingat sbb sembahyang tak pernah tinggal…dia boleh dimaafkan dr melakukan dosa yg lain.dan jgn ingat sbb aku xmenutup aurat,sembahyang pun selalu terabai,aku ini seorg yg jahil dgn agama..boleh di buat sesuka hati.rasanya kalau nak dibandingkan dgn org yg kononnya alim tu…org mcm aku ni jauh lebih baik dan boleh di percayai.at least…aku jujur dgn diri sendiri.

   Aku sebenarnya sudah biasa sgt dikecewakan…letih…tapi dah mcm dah imune dah…sbb itulah kot aku xmenangis lagi kali ni.airmata pun dah malas nak keluar.bagus juga.kalau nak kata aku serik…NO..NO..NO…biar beratus kali pun aku harus alami perkara yg sama…biarlah..mungkin Tuhan nak aku belajar sesuatu drnya.aku akan terus menanti dan menanti…mungkin aku bakal bertemu Mr.Right aku setelah aku di kecewakan pd kali ke 700? xpelah…700 kali lagi aku bersedia dikecewakan kalau itulah caranya utk aku akhirnya bertemu teman hidupku.

   Aku xmenyesal bertemu AZ..aku berterima kasih kpdnya sbb beri aku kebahagiaan selama 2 bulan ini.walaupun ianya kepalsuan semata2,tapi aku tetap bahagia pd waktu itu.ya…ada pelajaran baru aku terima lagi pd kali ini.aku jatuh cinta pd org yg salah lagi.tapi aku xralat sbb ianya bukan salah aku.dia yg menipu,bukan aku.cuma aku sgt2 bersimpati pd isteri dan anak2 AZ yg tidak berdosa…mereka mungkin tak menyangka suami dan ayah yg mereka sayangi dan percayai sanggup mencurangi mereka.aku amat bencikan AZ sbb itu.

   Aku bersyukur sbb terlepas dr lelaki licik mcm AZ.tapi aku sgt2 kasihankan keluarga AZ.Moga2 AZ akan sedar kesilapannya dan kembali ke pangkal jalan…tapi…bolehkah lelaki seperti AZ akan berubah? selepas aku…siapa pula? harap2 TUHAN dilindungilah isteri dan anaknya………….

   Buang masa saja bersedih pd org yg sebegini…aku nak enjoy …nak pergi tgok wayang skjp lagi…aku ada ramai kawan2 yg akan ceriakan aku di saat2 genting seperti ini.to all….siapa yg mengalami nasib yg sama tu….lawan balik…jgn jadi lemah…yg sedang berbahagia tu..congratulation!…moga aku juga akan dapat kebahagiaan yg sebenarnya nanti….

I met someone

July 9th, 2008 by armilla78

Hi …..aku kat bombay…masuk ni dah 6 bulan straight aku asyik kena ke india.dah rasa mcm bollywood crew dah pun.

   Mlm ni aku akan berangkat pulang..xsabar rasanya…nak tahu sbb apa…sbb aku kerinduan…hehehehe..cheh! jiwang!

   Aku bertemu AZ(xleh tulis nama penuh) baru je dlm 2 bulan nan lalu.dia passenger aku masa dlm pesawat dr London ke Kuala Lumpur.aku bertugas di kelas Business pd waktu itu.mcm biasa,aku layan penumpang aku sama rata.

   waktu penerbangan yg panjang membuatkan hampir kesemua penumpang tidur lena…tapi si AZ ni aku tengok asyik berjaga.mungkin xselesa nak tidur di kerusi penumpang.bila dia keluar dr tandas,inflight supervisor aku(IFS) pelawa dia duduk di kerusi crew dan berbual dgnnya.dlm berseloroh IFS bertanya kpdnya…"dah kawin ke belum….kalau belum,si Milla ni tgh dok cari calon.." geram juga aku dgn gurauan si IFS tu…tapi aku tersengeh je la…mentang2 la aku masih single.

  Lepas tu Ifs aku minta diri sbb ada kerja lain nak buat.tapi AZ masih tak berganjak dr crew seat.jadi aku pula yg temankan dia berbual.kami berbual hal2 biasa…

  Sebelum AZ keluar dr pesawat selepas mendarat,dia minta nombor telefon aku.apasalahnya…aku berikan saja,tanpa fikir apa2.tapi semasa aku dlm transport dlm perjalanan pulang ke rumah,aku dpt panggilan dr AZ.tak sangka pula dia akan call.lepas tu…hari2 dia akan call dan sms aku.

   Kini sudah hanpir 2 bulan kemesraan terjalin..masih terlalu baru..tapi aku amat selesa dgn AZ.Aku mula rasa gembira semula….bahagia kerana rasa hidup mula terisi.dia sering menemani aku setiap kali kami sama2 ada kelapangan.aku rasa ada insan yg mula bagi perhatian kpdku,sesuatu yg sudah lama tidak aku rasai.

   Tapi dlm pd itu,aku masih dlm kebimbangan.aku takut perasaan bahagia ini tidak berkekalan.sbbnya telah banyak kekecewaan yg aku alami.aku dah tak sanggup nak mengalaminya lagi.sudah banyak kali kebahagian aku di rentap di saat aku di kemuncak bahagia.aku sendiri pun tak tahu apa yg tak kena…kerana setiap kali aku begitu menyayangi seseorg…aku akan di kecewakan.seolah2 aku telah di sumpah utk tidak menemui bahagia.

   Dan aku mmg bimbang perkara yg sama akan berlaku lagi.sbbnya aku sendiri sebenarnya tidak mengetahui latar belakang dan tentang diri AZ dgn sepenuhnya.aku tak kenal sesiapa dr pihaknya..kawan2nya..keluarganya…di mana rumahnya…banyak perkara yg aku masih tak tahu.dan aku juga tak tahu samaada dia benar2 ikhlas atau sebaliknya…mmg dia ckp dia masih single,,tapi org boleh berkata apa saja.setakat ini,aku percaya apa yg dikatakannya.aku mahu bina perhubungan di atas dasar kejujuran dan kepercayaan.cuma aku berharap,dia tidak mempermainkan perasaan aku.tidak adil rasanya jika aku di sakiti lagi kerana aku benar2 ikhlas dan jujur terhadapnya.aku mohon pd Tuhan,jika dia bukan sepatutnya utkku,moga Tuhan tunjukkan lah seawal mungkin.kerana aku tak mahu membuang masaku utk org yg salah lagi.aku sgt2 letih dgn kekecewaan.dan..aku amat2 berharap…AZ bukanlah org yg salah itu.

    Buat masa ini semuanya berjalan dgn baik antara aku dan AZ…kalau ada yg tak kena,akan kami cuba selesaikan dgn baik.aku akan cuba mengenali AZ dgn sebaik mungkin.dan aku akan cuba menjadi yg terbaik utknya juga.namun nasihat kawan2 yg minta aku berhati2 tetap akan aku ingati.sbbnya…kita mmg tak akan tahu…

   Aku mmg ada had aku sendiri dlm hal ini..tengok lah sejauh mana hubungan ini akan pergi.tapi aku telahpun tetapkan limit aku pd seseorg…aku tak mahu buang masa aku lagi..pun bukanlah aku mahu memaksa seseorg itu mengahwiniku…aku tak mahu memaksa atau menyuarakan hal perkahwinan. …kalau dia jujur…suatu hari..mungkin dia akan lakukan perkara yg betul.tapi aku mmg ada had masa aku.tgoklah mcmmana….buat masa skrg…biarlah masa yg menentukan.aku cuma ingin bersamanya.

  Aku berserah pd Tuhan………moga aku tak salah percaturan.